Thursday 19 December 2013

istidraj

bismillah..

Ternampak satu cerita baru kat tv. Tajuknya “Istidraj Cinta”. Aku tertarik dengan perkataan ‘istidraj’ tu sendiri.

Masa kat sekolah dulu, pernah belajaq sikit pasai ‘isitidraj’ ni. Dan sebenaqnya, istidraj ni ada ja yang berlaku sekeliling kita.

“dia tak solat pun, tapi dapat straight A, kaya, hidup senang lenang  pulak tu.”

“Islam ni agama yang benar. Tapi kenapa aku tgk non-muslim lagi berjaya, sedangkan kita org islam ni makin terhimpit.”

Sejujurnya, tu antara soalan2 yang pernah muncul dalam kepala aku suatu ketika dahulu. masa zaman jahiliyah dolu2 

Ada orang dalam hidupnya diuji dengan nikmat. Kejayaan datang bergolek, rezeki melimpah ruah, hidup goyang kaki je. Tapi makin jauh dari Allah. Yang disuruh tak buat, yang dilarang pulak seronok jadikan amalan. Senang cerita, tak perlu nak susah payah pun nak dapat sesuatu yang dia nak.

Itulah istidraj !

Istidraj ialah pemberian dan nikmat Allah kepada hambaNya semata-mata untuk menyesatkan hambaNya itu di mana pemberian tersebut tidak mendapat keredhaan dari Allah.

Kenapa Allah bagi jugak nikmat tu kalau tak redha ?
Sebab inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Masyarakat hari ini tak sama dengan masyarakat pada zaman dahulu. masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling mereka. tidak seperti masyarakat dahulu yang memandang jauh ke depan. Orang dahulu tak belajar tinggi sampai universiti pun. Tapi kita harini cerdik. Ada degree, master, phD. Belajar sampai ke menara gading, siap merantau ke tempat orang lagi. Tapi masih kurang bijak.

Apa yang boleh kita lihat harini, orang yang berkuasa menggunakan pangkat dan harta mereka untuk menindas orang lain kerana mereka tidak tahu untuk menilai dan menggunakan nikmat yang Allah berikan. Orang bawahan dizalimi kerana mereka fikir mereka sudah cukup berkuasa dengan apa yang mereka ada.

Ramai antara mereka harini menganggap dengan pangkat, harta dan kejayaan yang dikurniakan Allah itu adalah kerana Allah sayang kepada mereka. Walhal mereka sebenarnya sedang diuji dengan dengan segala nikmat pemberian tersebut. Mereka sedang keliru dan masih tidak faham yang nikmat tersebut yang akan memusnahkan hidup mereka suatu ketika nanti. Sudah diberi pelbagai kesenangan tapi masih lagi tak mahu mendekati Allah. Makin gemar melakukan maksiat dan seolah-olah tak kenal lagi erti dosa.

Sifat sombong dan angkuh meraja dalam diri mereka apabila mendapat segala kemewahan dan kejayaan tu. Maka akan timbul rasa mahu menentang kuasa Allah kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup berkuasa sedangkan mereka telah diistidrajkan ketika itu. Mereka sudah lupa daratan. Golongan seperti ini akan dibinasakan oleh Allah dengan pelbagai cara dan mati.

Banyak pemimpin yang dilaknat Allah kerana keangkuhan mereka atas nikmat yang dikurniakan.

Firaun, dengan sombongnya mengaku dirinya Tuhan. Dia tak pernah sakit hinggakan bersin pun tak pernah. Betapa Allah bagi nikmat sihat pada Firaun. Jangan ingat kita ni sihat, Allah sayang kat kita. Orang lain dah banyak yang mati, tapi Firaun masih tak mati-mati. Dia terus hidup dengan angkuh, sombong dan takabur. Dia melawan Allah SWT. Akhirnya dia dibinasakan dengan nikmat tersebut.

Namrud begitu kuat menyembah berhala dan sombong dengan Allah hingga mahu membakar Nabi Ibrahim.  Oleh kerana terlalu berkuasa, Namrud akan menjadi marah apabila ada yang mahu menentangnya. Sehinggakan dia berani untuk melawan Penciptanya. Akhirnya Allah binasakan Namrud hanya dengan seekor nyamuk yang memasuki hidungnya.

Qarun. Tidak ada sesiapa hari ini mempunyai harta sebanyak Qarun. Hartanya terlalu banyak hinggakan kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Tu baru kunci gudang, tak masuk harta dia lagi. Begitu kayanya dia. Walaupun kaya, Qarun tak pernah sujud dan bersyukur pada Allah. Dia masih mahu melawan. Akibat kesombongannya, Allah telah menenggelamkan Qarun bersama harta-hartanya.

Na’uzubillah..
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.



Tapi bukan bermakna semua orang yang kaya, hidup mewah, berjaya dan sihat tu telah diistidrajkan. Tidak. Orang yang dikurniakan nikmat kemudian dia mengabdikan diri untuk mencari keredhaan Allah, bersyukur, membuat kebajikan serta mendekatkan jiwa dengan Penciptanya maka orang seperti ini tidak diistidrajkan.




Mengapa ?
Kerana mereka tahu target hidup mereka. kita perlu jelas dengan target hidup. hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Barulah selamat. Apabila kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, in sha Allah, selamat dunia wal akhiroh :)

Peringatan bersama.









Tuesday 17 December 2013

berhenti mengeluh

Bismillah..

Hidup tak menjanjikan kesenangan semata. Pasti akan terselit sedikit ujian sebagai pengukur keimanan bagi insan yang bergelar hamba di atas muka bumi ini.

Seumur hidup kita ni, tipulah kalau tak pernah diuji walaupun dengan ujian yang kecik dan ringan. Nama ja manusia, memang layaklah kita ni diuji. Bukan apa, Allah nak tengok, setakat mana kita mampu bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberi.

Dan kita sebagai hamba ni pulak, macam mana kita terima ujian yang Allah berikan ?

Pelbagai jenis rungutan yang akan dikeluarkan. Sering saja perkataan ‘kalau’ diulang-ulang.

“kalau la aku bawak payung tadi, mesti tak basah kuyup macam ni..”

“kalau aku tau ada spotcheck harini, aku pakai la matric card tu !”

“kalau aku tau lambat macam ni, memang tak la aku nak ikut hang pi shopping.. huh !!

Nampak? Nampak ? entah berapa banyak ‘kalau’ daaa…
perasan ke tak, sebenarnya bila kita menyebut perkataan ‘kalau’ tu seolah-olah kita tak redha dengan ujian atau takdir yang Allah tentukan untuk kita ? bukan ke bila Allah uji tu, tandanya Allah sayang kat kita ? Allah rindu nak dengar kita mengadu kat Dia. Jadikan Alah tempat mengadu bila kita ada masalah. Dia sentiasa ada untuk mendengar luahan dan rintihan hambaNya. Bukannya mengadu kat fb atau twitter je..


Bila dipikirkan balik, nikmat pemberian Allah ni tak terhitung kalau dikira pakai mesin apa pun yang ada dalam dunia ni. Anggota badan ni pun dah anugerah yang tak ternilai. Belum lagi dikira dengan kejadian alam di sekeliling kita yang digunakan secara percuma ni. Free of charge Allah bagi. Tak kena  bayar pun bila nak sedut oksigen untuk bernafas.

"maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Tapi ??
bila kena uji sikit je, dah nak mengeluh tak sudah.. langsung tak ingat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Banyak je yang Dia bagi, tapi kita buat-buat tak nampak. Masih taknak bersyukur. Nak sebut Alhamdulillah pun susah sangat. Itulah hakikatnya !


Sebenarnya, tiada satu pun ujian datang untuk melemahkan. Semuanya datang untuk memberi kekuatan kepada kita jika kita berusaha mencari hikmah yang tersembunyi.
"sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" [al-insyirah:6]

Allah tak pernah biarkan hambaNya berada dalam kesusahan dalam keadaan yang lama..
apa yang penting, berdoalah supaya dikuatkan hati untuk menghadapi segala ujian dan dugaan. Bukankah itu lebih baik daripada mengeluh tak sudah-sudah. Mengeluh tak akan mengubah apa yang dah terjadi.


Kadang2, kita ambik ringan dan anggap perkara ni remeh. Yang kita tahu cuma merungut, merungut dan merungut.. kan ?? tak pernah bersyukur. Tapi sebenarnya, Allah dah rancang sesuatu yang indah untuk kita.  Cuma kita yang tak sedar.. jadi kita kena sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Cepat atau lambat, hikmah tersebut pasti akan kita temui. :)

Wednesday 11 December 2013

di mana engkau ?

Wahai sahabat,
ke mana kau menghilang saat aku memerlukan dirimu ? aku nak ceritakan sesuatu yang perlu kau tahu. Yang perlu kau dengar dari mulutku sendiri.

aku nak kau tahu, engkaulah sahabat yang sering membantuku, memahami aku dalam apa jua kondisi. Kau cuba  sedaya upaya untuk tenangkan aku tika aku gelisah memikirkan masalah yang tidak pernah selesai.

aku rasa sedih kehilangan dirimu wahai sahabat. Memori pahit manis, suka duka, gelak tawa kita tak pernah luput dari ingatan aku. Sentiasa aku kenang. Aku harap tali silaturrahim yang pernah kita bina tak akan putus.

tapi,
kau seolah-olah pergi meninggalkan aku setelah munculnya si sahabat baru. Seakan kau sudah jumpa pengganti aku. Aku sangat kecewa, sahabat !

inikah yang dipanggil sahabat ??

masih inginkah kau memanggil aku sahabat ??

lupakah kau pada kenangan dan memori kita dahulu ??

bila ku renung kembali,
mungkin aku punya khilaf terhadap dirimu di luar sedar.
jika ya, aku mohon maaf darimu.




tapi apa salahnya jika kau menegur kekhilafan aku itu.
itu lebih baik dari meninggalkan aku begini.

tidak mengapa.
Barangkali aku perlu mencari teman baru untuk bercerita dan berkongsi kisahku.

Tapi setelah aku bersama sahabat baru, kau datang kembali padaku. Adakah pemergianmu selama ini bertujuan menguji kesabaranku ?

maafkan aku sahabat andai aku berhijrah ke tempat lain. bukan bererti aku akan melupakanmu, tapi berikan aku masa untuk memperbaiki diri ini.

in sha Allah, jika dipanjangkan umur,
kita akan dipertemukan lagi kelak.
doaku agar kau sentiasa diberkati olehNya.


terima kasih kerana sudi menjadi sahabat buat insan lemah ini buat beberapa ketika.
walau apa pun yang terjadi antara kita,
AKU TETAP MENYAYANGI KAMU, SAHABAT !!


Monday 18 November 2013

Allah bagi apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU

Handset aku berbunyi menandakan ada mesej yang menerpa. Mesej yang memang aku tunggu2. Segera aku membuka inbox, lalu aku membaca apa yang tertera di skrin telefon bimbitku.

“adik dapat 4a1b. tak dapat 5a. dia nanges teruk”

mesej dari mak itu aku baca di dalam hati. Rasa kasihan pula terhadap adik bongsuku itu. Aku tahu dia kecewa. Tapi apakan daya, tiada apa yang mampu diubah. 

Usaha sudah, ikhtiar juga sudah pelbagai cara. Redha sajalah dengan apa yang diperoleh. Pasti sesuatu tersembunyi di sebaliknya. Lambat laun pasti akan ketemu juga. Dia sebaik-baik Perancang dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kun fayakun. rencanaNya indah belaka. Tak perlu mempersoal takdir.

Pulang sahaja adikku itu dari sekolah, riak kecewa jelas tampak di wajahnya. Katanya “hmm, nak buat macam mana, takdak rezeki nak dapat 5a macam kak yong”.

Aku mendekatinya, belakangnya aku usap. Aku cuba memujuk.

“syukurlah… 4a tu pun dah alhamdulillah. Ada orang takdak A langsung. Lagi sedih. Semua yang dapat 5a tu bukan tentu berjaya sampai SPM. Ada yang dapat 5a masa UPSR, masa PMR hangus. Allah tak bagi 5a kat hang sekarang, tapi masa depan mana nak tau Allah nak bagi lebih dari ni. UPSR ni cuma permulaan untuk tempuh jalan2 berduri kat depan tu. Janganla putus asa. Lagipun hang yakin ka, kalau Allah bagi 5a kat hang, hang akan bagi best performance untuk mak abah, cikgu2 n untuk diri hang sendiri untuk masa akan datang ? ”

Adikku diam tanpa kata. Aku harap semangatnya kembali pulih walaupun rasa kecewa masih berbekas di hatinya. 

Aku nak dia tahu, dalam hidup ni, Allah bagi apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan.
Bukan semua kehendak kita akan dipenuhi. Kadang2 apa yang kita rasa kita nak atau teringin sangat tu sebenarnya akan bagi kemudaratan untuk diri kita.


Misalnya mungkin dengan kejayaan kita yang cemerlang akan membuatkan kita menjadi orang yang lebih sombong atau sifat riak semakin menebal dalam diri. Secara tak langsung, kita akan memandang orang yang kurang terserlah prestasinya dengan perasaan jelek. Hubungan dengan Allah juga semakin menjarak. Bukankah itu sifat2 mazmumah yang dibenci Allah ?

Dah usaha semaksimum mungkin, tapi Allah tetap tak bagi ?
Allah tak bagi kat kita bukan bermakna Allah kejam terhadap hambaNya. Malah Allah sebenarnya sayang sangat pada kita. Allah taknak kita semakin lalai, leka dan seterusnya lupa terus pada Allah. Dia nak kita sentiasa mengadu dan ingat  padaNya setiap detik. Dia rindukan hambaNya yang selalu merintih memohon pertolonganNya di sepertiga malam.

Mungkin juga ini teguran dariNya untuk menyedarkan kita daripada kesilapan yang pernah dilakukan di luar sedar. Sentiasa cuba untuk baiki hubungan dengan Allah.

 Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Masih sempat untuk berjuang dan bermujahadah. Gunakan kesempatan yang ada untuk terus majukan diri. Pandang kegagalan tu sebagai satu perkara yang positif. In sha allah. Kita akan semakin menemui hikmah yang tersembunyi.

KITA MUSLIM CEMERLANG !


p/s : all the best untuk adik2 yg tengah tunggu result PMR tak lama lagi. redha dan tawakal setelah usaha semaksima mungkin :)


Monday 28 October 2013

kematian itu pasti

bismillahirrahmanirrahim....

hidup ni tak lepas dari ujian. semua orang akan diuji tuhan. baik kehidupan mahupun kematian, kedua-duanya ujian bagi kita sebagai hambaNya.

semua orang akan merasai kehilangan. kehilangan orang tersayang. yang selalu di sisi, di hati dan menemani jiwa setiap masa. namun, sampai satu masa, Allah ambil dia dari kita. kita akan rasa satu dentuman halilintar yang kuat telah memanahi kita tika itu. sakit.


kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa, suami, isteri, adik-beradik antara ujian yang paling menguji hati insan. setabah mana kita hadapi ujian ini ? kita yang menentukannya.

ketika menghadapi ujian sebegini, sifat reda dan sabar penting untuk menjadi penguat diri dengan menyedari hakikat sebenar segala apa yang kita miliki di dunia ini bersifat sementara dan tidak kekal termasuklah nyawa. nyawa hanyalah pinjaman Allah kepada manusia semata. barang yang dipinjam perlu dipulang semula apabila tiba masanya. itulah hakikat kehidupan manusia.


memang bukan mudah untuk menghadapi semua ni. tambah pulak perpisahan dengan orang tersayang. peristiwa ini berlaku sekelip mata. mustahil dalam masa yang singkat keadaan pulih seperti dahulu. memang sedih. rindu.
 tapi kita kena ingat, perpisahan yang berlaku ni bukanlah bermaksud berpisah selama-lamanya. tapi sebenarnya perpisahan ini bersifat sementara. kita semua akan dikumpulkan dan dipertemukan balik di akhirat kelak tapi ada syaratnya. syaratnya perlu mendapat keredaan Allah S.W.T.dahulu. dengan keredaan yang diperoleh, bi iznillah kita akan berjumpa kembali di sana dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi.


ambil ibrah dari kisah Rasulullah. Rasulullah telah menghadapi kematian secara berturut-turut bahkan sejak di alam rahim lagi di mana ayahnya Abdullah telah meninggal. enam tahun selepas baginda dilahirkan, ibunya Aminah pula dijemput Illahi. maka tinggallah Nabi Muhammad yang masih bersama datuknya. namun, tidak lama selepas itu, datuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia dalam keadaan nabi masih dahagakan kasih sayang. nabi dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib selepas itu. ketika keislaman masih didambakan, Rasulullah ditinggalkan lagi. 

namun Rasulullah reda dengan pemergian insan-insan yang disayanginya kerana baginda mengetahui betapa besarnya  nilai ganjaran bagi orang yang bersabar dan betapa sayangnya Allah pada baginda. kesabaran yang dimaksudkan dalam situasi ini bukanlah tanpa rasa kesedihan atau air mata. Nabi Muhammad s.a.w juga menangis ketika pemergian kedua-dua putera baginda.

tapi, kalau rindu sangat dengan arwah, apa perlu kita buat ?
sebenarnya, kenangan dengan mereka itulah kekuatan yang membuatkan kita mampu untuk terus berdoa kpd arwah, sebab dia pernah ada dalam rangka masa kehidupan kita. jadi jangan putus berdoa.
paling penting, kita kena ingat dan sedar, dia pergi menghadap tuhannya, tuhan kita jugak. yang kita akan temui. cumanya, masa kita belum tiba. lepas tu, kalau boleh sibukkan diri dan jangan duduk sorg2. cuba bercampur dengan orang. jangan terus bersifat murung. pastinya dia tak mahu kita sedih, kesian rohnya di sana. kesihatan kita juga perlu dijaga. yang terbaik buat masa ini ialah dekatkan diri kepadaNya. banyakkan berdoa semoga rohnya tenang, diampunkan segala dosa-dosanya  dan ditempatkan bersama orang beriman hendaknya. in sha Allah.. amin...

menulis, bercakap kat sini memang mudah. tapi nak buat sangatla payah. tapi kalau tak gerak, tak buat, macam mana semua benda nak jadi baik dan pulih kan ? jadi kena kuat. bangkit dengan semangat baru.. pandang ke depan dengan perasaan yang penuh dengan keredaan. yang pergi dah pun pergi, kita yang hidup entah bila masanya. jadi sentiasalah berusaha untuk tingkatkan ibadah dan mantapkan iman.

KEHIDUPAN TIDAK PASTI, TAPI KEMATIAN ITU PASTI.
TAK CEPAT ATAU LEWAT WALAU SESAAT.
 ITU JANJI ALLAH. 




REDA, REDA, REDA.

SEMOGA KUAT SAHABAT !
UHIBBUKI FILLAH <3

###Allah bagi ujian ini tanda Allah sayang kita, supaya iman meningkat, menghapus dosa dan lebih ingat dan dekat dengan Dia. sebab Allah tahu kita mampu untuk tanggung ujian ni, jadi kita insan yang terpilih. kita boleh ! semoga diri kita kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. jadikan diri kita di dunia ini sebagai anak yang mampu untuk bagi pahala yang berterusan untuk arwah di sana. Al-fatihah...






Friday 18 October 2013

ujian itu tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap insan yg hidup di atas muka bumi tak lepas daripada berdepan dengan pelbagai jenis ujian. Bukan setakat ujian yang kita duduki zaman2 sekolah dulu, namun ujian yang lebih besar daripada itu mungkin pernah kita hadapi.

Kematian, harta benda, kegagalan, kemiskinan, tubuh badan, kuasa, ilmu, suami, isteri, ibu bapa, anak hatta tidur pun salah satu jenis ujian daripada Allah SWT.  Ni baru bentuk2 ujian yang boleh kita list down.. yang tak nampak depan mata?? Banyak lagi.. mungkin belum tiba masanya kita dipilih untuk menduduki ujian tersebut.. barangkali..

Setiap kali diuji, hadapilah ujian tersebut dengan sifat reda dengan qada’ dan qadar Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Seberat manapun ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya, ketahuilah, ujian tersebut sebenarnya menjadi kayu pengukur kepada kekuatan dan keteguhan iman seseorang itu. Segala jenis ujian, musibah atau dugaan itu sebenarnyamenjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Tujuan Allah menguji manusia juga adalah untuk memastikan hamba2Nya memiliki iman yang teguh setelah menghadapi ujian dengan penuh kecekalan dan kesabaran.

>KENAPA AKU DIUJI ?
>KENAPA AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
>KENAPA UJIAN AKU SEBERAT NI?
>BOLEHKAH AKU KECEWA ?
>BAGAIMANA NAK MENGHADAPINYA ?
>APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI ?
>PADA SIAPA BOLEH AKU BERHARAP ?
> AKU DAH TAK TAHANNNN !!!!!


Begitu banyak persoalan yang timbul ketika fikiran kita dalam kekusutan. Namun, perlu kita ingat, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya berseorangan atau istilah yang sering digunakan “forever alone”.. 
 Tak perlu risau, kerana Allah telah meninggalkan “ubat penenang” dari Al-Quran yang menjadi rujukan utama kita sebagai muslim sekaligus menjawab persoalan2 di atas. Semoga dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian J

> KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [Surah al-Ankabut: 2-3]


>KENAPA AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [Surah al-Baqarah: 216]


>KENAPA UJIAN AKU SEBERAT NI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Surah al-Baqarah: 286]

>BOLEHKAH AKU KECEWA ?
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman. [Surah ali-imran: 139]

>BAGAIMANA NAK MENGHADAPINYA ?
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [Surah Al-Baqarah: 153]


>APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI ?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. [Surah at-Taubah: 111]


>PADA SIAPA BOLEH AKU BERHARAP ?
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."  [Surah at-Taubah: 129]


> AKU DAH TAK TAHANNNN !!!!!
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. [Surah Yusuf: 87]

  



 #PerkongsianBersama    #UjianItu­­­­­­­­­Tarbiyah      #NoteToSelf     #Senyum





Friday 4 October 2013

bangkit ! imtihan dah tiba !

usai mengulangkaji subjek nahu, badan terasa agak lesu. otak semakin tepu. lalu aku pilih untuk berehat sebentar bersama kit kat.

eh silap2, berehat sebentar di pembaringan sebenarnya. hehe...

berat galasan yg aku pikul untuk berperang di medan penilaian ini rasanya. aku memegang amanah. ini janjiku dengan mak dan abah saat pertama kali kaki melangkah ke bumi cfs ni. aku berjanji untuk menunjukkan prestasi yang terbaik di sini. dan seterusnya..

tapi saat ini, pemikiranku sudah mula tepu. tepu dengan nahu barangkali. ku katakan pada diriku sendiri, "baru satu subjek hang pulun. ni pun dah rasa nak mengalah."

namun aku cuba menepis jauh semangat yang kian merudum. terbayang wajah mak dan abah di kampung yang bersusah payah mencari nafkah untuk anak2 tanpa jemu apalagi rungutan dan omelan.. untuk anak2, sanggup diberi makanan mereka untuk kita.. itu ibu bapa kita.. tapi kita ? sanggup macam tu ??

terngiang2 kata2 mak padaku,  "mak takmau duit, harta hampa semua. mak cuma nak tgk hampa bjaya. tapi jangan pulak lupa mak abah bila senang nanti."


lantas aku tajdidkan niat...
belajar kerana Allah..
aku taknak kecewakan mak, taknak jugak aku sia-siakan titik peluh abah yang berpenat lelah untuk keluarganya..

MAK, ABAH.. TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA. TERIMA KASIH ATAS SEGALA PENGORBANAN DAN DIDIKAN YANG TELAH DICURAHKAN.  MOGA SYURGA MENJADI IMBALAN BUAT MAK DAN ABAH DI AKHIRAT KELAK..TAK MAMPU ANAKMU INI NAK MEMBALAS. NAMUN AKANKU CUBA UNTUK BUAT KALIAN TERSENYUM BAHAGIA DENGAN KEJAYAANKU. DOAKAN YANG TERBAIK BUAT ANAKMU INI UNTUK IMTIHAN NIHAIE YANG BAKAL MENJELMA TIDAK BERAPA DETIK SAJA LAGI. 
TIADA LAIN YANG AKU HARAPKAN MELAINKAN RESTU DAN DOA YANG BERTERUSAN DARI KALIAN.. #RinduMakAbah

Monday 30 September 2013

tetap sahut walau serabut !

Bismillahirrahmanirrahim..
 *tiup2 habuk kat blog*
last post was on june.. now already October.. about 4 months I’ve left my blog..  where was I actually for the four months ?  ok, takyah speaking sangat la pikah

Kenapa aku rasa ada eletrik sedang mengalir dalam badan aku ni ? oh, mungkin tadi arus eletrik dari water cooler menerjah masuk semasa aku khusyuk isi air.. ya la, cfs tgh ada krisis ayaq kot, dari pagi sampai ke malam takdak ayaq.. nak makan megi pun, ayaq panas takdak.. so, mkn megi mentah.. first time kot,, lapaq sangat… haha.. *ok, abaikan*

Takpa, eletrik pun eletrik laa.. nak tulis jugak blog harini..

Journey aku sepanjang 4 bulan kat sini..
-dah jadi senior, 2nd year student (bila ada tsrempak junior otw nk g kls tu, ada org pggil "kak piqahhh !!" ) haha.. bukan nak habaq aku popular ka apa. Cuma nk sampaikan ,,senior2 la jugak, tak perlu nak blagak dgn org baru. Kita semua start dari bawah kan.. takdak beza pun senior ka junior ka.. yg membezakan kita cuma TAQWA :) .. Jadi apa guna berpuak2?

-tadi aku cakap aku dh jadi 2nd year student kan.. so,, Alhamdulillah.. aku exempted arab level  6 dan dgn exemptednya aku untuk subjek ni, maka bolehla aku proceed dgn core course.. tak payah nak syok sgt la pikah kan.. core course aku fully Arabic.. *lap peluh kat dahi* arab aku takdak la kencang sgt mcm kwn2 yg lain.. takat nak paham tu ok la, kalau nak suruh ana bcakap, ana slow sikit.. ya la.. sementara nak cari pkataan, susun ayat lagi,, haa! Mcm mana nk cepatnya.. kos aku byk kena menghafal.. dah la aku ni golongan2 yg cepat hafal, tapi lupa pun cepat jugak -_-
 mungkin byk mkn bnda yg tak mmbntu pkmbgn otak barangkali.. hmmm…

-society.. apa ada dgn society2 kat cfs ni ? mula2 rasa cm nk apply MRC, dah amek boring, siap isi, tinggal nak hantaq ja lagi.. tapiii… aku tak hantaq pun.. taktau kenapa.. mungkinkah ini satu petunjuk dariNya.. aku reda.. takpa,, aku masih setia menyumbang dalam hisbah. Walaupun nampak mcm “elehhh,, hisbah je pun” tapi itu ialah amanah.. amanah yang perlu aku pegang..

AMANAH ITU DIBERI, BUKANNYA DIMINTA


 tak berapa lama lps tu,, aku join GCC (Global Community Club) .. untuk society ni, aku pilih untuk berada di bwh biro activism.. gcc byk buat program dan kbykn program dia outdoor.. lebih kepada bg sumbangan kpd golongan yg memerlukan.. ok,baru aku teringat slogan gcc “care for the ummah”.. hehe.. aktiviti dgn gelandangan, pulau ketam, program dgn anak2 org asli, brotherhood nite n byk lagi.. tak semua aktiviti dia aku join.. ya.. kekangan masa barangkali..

the latest one (tapi lama la jugak) FSCC.. huhu.. society paling besaq dalam cfs ni.. teragak2 aku nak ambik borg tapi Alhamdulillah, aku ambik jugak, isi jugak dan kali ni aku bjaya hantaq ! aku ditempatkan bawah biro SCS (Social n Community Service).. aku sebenaqnya segan dgn org2 dalam fscc ni.. bg aku depa ni hebat and matang.. serius talk, depa tak nmpk mcm umur 18-20 pun.. sekali pandang mcm budak 3rd year or final year degree kot.. tapi dua kali tgk,, eh rupanya pernah jadi classmate aku gak dulu budak ni.. hehe.. org2 yg join fscc ni mostly org yg dah byk pglmn, so mudah nak kerja dgn depa dan pada masa yg sama dpt blajaq bnda baru.. head n asst. sentiasa igtkan anak2 buah about the tasks.. due date bila, hari last nak buat kerja tu bila, mcm mna nak hntaq kerja, semua depa habaq.. dalam hati aku,, bagus betul .. at the same time, thnx sbb igtkan.. aku dah la cepat lupa.. satu yg boleh aku kata fscc tak sama mcm society lain.. nak tau kenapa, kena join la :P
but I realized something here.. society2 yg aku join byk menghubungkan aku dgn org ramai.. semua relate dgn community kot.. yeah! Mungkin sbb satu sikap aku tu kot.. barangkali  :D

this sem is quite tough for me. Classmate baru, suasana berbeza, subjek baru, smawp pun dah baru… kui3.. perlu pandai bahagi masa untuk study dan kerja luaq. Aku taknak aku punya study tu lingkup sbb aku sibuk dgn bnda2 lain. Tujuan utama mak abah hantaq aku kat sini ialah belajaq. Jadi, kena buktikan yg aku ni boleh ‘kill two birds with one stone’ (betul ke tak peribahasa tu taktau).. 
>>tetap sahut walau serabut <<

 WORK HARD, PRAY HARD :)

Thursday 20 June 2013

TaWe 13/14

bismillahirrahmanirrahim...

 tulis entry ni dah lama dah, about two weeks ago, tapi tak berkesempatan nak 'touch-up', hasilnya, harini la baru nak publish.. hehe

2 Jun 2013..
pulang ke cfs dengan semangat baru.. bakal bertugas dan berkhidmat untuk adik2 yg baru masuk ke cfs ni.. dari penang ke kl sorg2 ja, serius habaq, hati cuak2 jugak, sbb jarang balik sorg.. tapi bajet2 berani lah.. gembiranya hati bila dah jejakkan kaki ke cfs ni.. masuk AMF, check in bilik.. ok,, dapat bilik 229A for this sem.. menghadap ABC la gayanya.. sob3.. but ok ja, sbb bilik ni still tingkat dua. kalau dapat tingkat 4 jenuh  weyh.. dah la ZC, kalau AC boleh lagi slow2 naik tangga dia..

3-7 Jun 2013..
5 hari induction.. induction best tapi penat sikit. tapi hari yg paling best antara 5 hari ni mesti la 1st day. 1st day tu kami ada team building.. kami dibahagikan kpd 4 group berdasarkan questionnaire yg telah kami jawab. 4 group tu ialah JOKER, POLICE, THINKER and LOVER.. hehe.. ce teka aku sesuai dalam group mana ??  tujuan slot ni diadakan adalah untuk memastikan keserasian sesama ahli dalam sesuatu organisasi.  then, kami kena buat wayang kulit. serius, new experience! tak penah buat langsung sebelum ni.. mana la nak ada wayang kulit bagai kat penang tu.. hehe..

aku bertugas untuk biro ReDiWel (Residential, Discipline and Welfare)  untuk Taaruf Programme ni dan tiba2 ja aku dilantik menjadi s/u.. maka bermulalah tugas aku untuk dating dengan laptop, kertas dan file sepanjang induction ni..hehe. tapi jadi s/u byk bg pglmn untuk aku jadi lbih alert. sbb sebelum ni aku jenis blur =,=.. aku sorg ja sesat dalam biro ni, geng2 aku yg lain semua dalam biro registration. but aku tak kisah, sbb aku sendiri yg apply untuk biro ni. disebabkan perangai aku yg suka melayan kerenah org, so aku pun pilih untuk berada dalam biro rediwell ni sbb jobscope kami boleh dikatakan 90% berada di mahallah sepanjang program berjalan.. jadi memang akan hadap students 24/7 la..

lbih kurang 600 students jugak semuanya dalam ZC.. bukan mudah nak uruskan depa.. macam2 hal.. yang sibuk nak balik la, barang hilang la, turun lambat, salah dress code, tak alert dengan announcement semua ada. one word. SABAR! takdak sifat sabar tu, abih la budak2 ni kena marah, sbb komiti mmg tak dinafikan agak stress dan bila budak2 buat hal, tak mustahil budak2 ni yg akan dijadikan tempat untuk kami lepaskan geram kami. tapi alhamdulillah, keadaan masih boleh dikawal kerana wujudnya kerjasama antara komiti. kalau ada yg kurang, ada ja komiti lain yg tolong back up :)

segan aku bila dok dalam group ni. semuanya cekap buat kerja. ada head n assistant yg sgt hardworking.. ahli2 dalam biro ni pulak byk budak mrc.. so depa mmg dah byk pglmn handle2 program ni.. banyak yg depa tolong back up in case ada antara kami yg terlepas pandang. paling aku segan bila masuk dalam unit welfare. muka semua baik2.. rupanya ramai budak DQ. mmg sangat sesuai la pegang unit welfare kan. kerja depa paling cepat sampai kat tgn aku n secara tak langsung unit welfare ni telah menjimatkan masa aku untuk siapkan bnda yg sepatutnya.. salute welfare!! unit lain pun bagus gak.. cumanya kerja depa lebih detail kalau nak compare dgn welfare.. kena cari floor plan, doorbill, check sana sini..

8-14 Jun 2013
registration start! 1st day ok lagi.. sebab mahallah kami cuma terima students pada waktu ptg. hari kedua sangat break down!! byk dugaan tapi perlu banyakkan bersabar. 2nd day ni la aku kna marah2 dgn parents. sentap jugak la. tapi bila PIC kata, just carry on, jangan ambik kisah sgt. aku pun usher la sampai ke bilik. cuba jugak untuk senyum walaupun kena marah.. hari kedua sangat penat, sbb students ramai sgt. tambah2 yg dpt tgkat 4. semput weyh naik turun tiga empat kali brturut2.. terima kasih sangat kat brother2 dari biro lain especially SENTRA n PREPTECH yg byk tolong rediwel untuk hari kedua tu. kesian tgk depa, nampak sangat depa dah penat.. tapi depa tetap nak jugak tolong. #respek

hari ketiga bertugas kat KC pulak. dalam lif 2jam straight. tak kluaq lgsg. rasa dia,, perghh !! hanya Tuhan yg tau betapa aku nak sgt kluaq dari lif time tu. tapi komiti kurang.. takpa, aku masih boleh bertahan.. cuma aku agak perlukan oksigen time tu.. sibuk punya sibuk handle budak2, tgk dah sampai malam bai'ah.. kejap je rasanya.

sedih pulak nak berpisah dgn kakak2 2nd year yg dah grad. depa byk bg tunjuk ajaq.. walaupun lain2 batch, kami tetap macam adik beradik. walaupun family kami berpecah 6 mengikut mahallah masing2, aku masih nampak keserasian dan sikap saling membantu dalam setiap tugas yg diberi. Alhamdulillah... satu benda yg aku perasan, kami selalu ada salah faham n konflik , tapi dalam keadaan tu pun, kami still boleh breakfast n gurau2 sama2.. konflik yg kami alami takdak la sampai gaduh2, just nak betulkan apa yg patut ja.. Alhamdulillah, sampai hari terakhir kami masih boleh bekerjasama dgn baik.. thnx a lot rediwell !!! syg hampa semua!!!  all is well (sambil buat 3 jari ) ;)



                                           







Tuesday 28 May 2013

mantapkan ilmu

bismillahirrahmanirrahim...


terbaca satu hadis Rasulullah s.a.w mafhumnya:
"barangsiapa yang menempuh satu jalan untuk mendalami ilmu maka Allah akan permudahkan baginya satu jalan ke syurga".

hadis ni jelas menunjukkan betapa besarnya fadhilat dan kelebihan bg mereka yg menuntut ilmu sehingga dipermudahkan jalan ke syurga. Allahu! beruntungnya mereka yg tidak mensia-siakan usia mereka di dunia, malah masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan sebaiknya untuk mencari ilmu yang teramat luas di muka bumi ini. orang yang menguasai ilmu ialah orang yg beruntung kerana mereka mampu untuk mencorakkan kehidupan diri sendiri dan orang lain. tanpa ilmu, manusia akan dipandang rendah oleh masyarakat, dihina, hidup dalam kepayahan dan juga mungkin senang ditindas oleh mereka yg lebih berkuasa.

sebagai seorang yg bergelar individu muslim, janganlah kita melepaskan peluang untuk menimba ilmu sebanyaknya agar dapat mengubah nasib kita dan saudara2 seagama kita yang lain supaya dapat menuju jalan yang diredaiNya. seperti yang dinyatakan dalam hadis Rasulullah yg bermaksud : "sesiapa yg menghendaki dunia, hendaklah dia berilmu, sesiapa yg menghendaki akhirat, hendaklah dia berilmu, dan sesiapa yg menginginkan kedua-duanya, hendaklah dia berilmu". so, selagi tulang empat kerat masih berfungsi dan otak masih cergas eloklah digunakan untuk menambah ilmu di dada.

cuba bayangkan kalau takdak ilmu, macam mana kita nak membina ummah yang cemerlang ? cara apa yg hendak kita gunakan untuk mentarbiyah keluarga kelak ?  macam mana kita nak berjuang menegakkan yang hak dan menolak yg batil ? renung2kan balik. in sha Allah.. kita akan menjadi insan yg lebih bersabar dalam menuntut ilmu..

hmmm, nak share sikit pasal kampung aku ni. kat sini, alhamdulillah, pengajian2 kelas agama sentiasa hidup. yg aku impress ialah kelas2 ni semua dihadiri oleh golongan2 yg dah berumur yg aku panggil makcik dan tok. tapi aku respek makcik2 dan tok2 yg dok mai mengaji ni, walaupun ada antara depa yg sakit lutut, susah nak berjalan, mata tak berapa nak nampak, ada yg terpaksa bawak cucu2 yg masih kecik ke tmpat mngaji, tapi depa masih kuat semangat untuk datang kelas agama ni. ni la golongan yg dahagakan ilmu. walaupun dah berumur dan kurang sihat, tu semua bukan penghalang untuk golongan ni terus mengembara mencari ilmu. semoga terus istiqamah dan thabat di jalanNya. aamiin..


ni la antara makcik2 dan tok2 yg aku cerita tadi. yg tudung hitam ni
mak sayeee.. hehe
untuk adik2 yg masih sekolah tu pulak, ketahuilah bahawa org yg berilmu ni darjatnya tinggi di sisi Allah berbanding dengan orang yg tidak berilmu. so, taknak ka jadi yang special pada pandangan Dia ? kalau peluang untuk belajar ada depan mata, tolongla jangan abaikan mcm tu ja. banyak lagi org lain kat luaq sana yg nak sambung blajaq kat universiti idaman hati tapi tak dapat peluang dan mungkin ada sedikit kekangan walhal mereka tu masih nak menimba ilmu. bg mereka yg masih takdak peluang tu diharap terus bersabar dan jangan putus asa untuk berdoa dan memohon yang terbaik dari Allah. sesungguhnya Allah sebaik2 perancang. tak semestinya dapat masuk universiti baru boleh dapat title orang berilmu. kan?? so, ambiklah peluang berguru dengan mereka yg lebih pakar dan berpengalaman seperti menghadiri majlis ilmu...

akhirul kalam, menuntut ilmu tu tiada batasnya dan jangan pernah berhenti dalam kembara mencari ilmu duniawi dan ukhrawi    #notetoself


Saturday 25 May 2013

only roommates know their roommates well

bismillahirrahmanirahim...

post ni special untuk roomates tercinta, sorry kalau ada sikit unsur emotional,, hehe..

nak dekat dua minggu dah ada kat umah ni.. tiba2 rasa rindu kat roommates tercinta. tak lupa jugak jiranmates tersayang. masuk sem depan rummet dah btukaq, jiranmates pun entah sapa. mesti dah tak macam dulu.

banyak sangat memori kita bersama. susah nak cakap kat sini. tapi memori tu sntiasa melekat dalam ingatan aku. hampa orang yang paling rapat, faham dan banyak tolong aku sepanjang setahun kita berukhuwah ni. jasa hampa tak mampu aku balas dengan material, cuma kasih sayang dan doa yang dapat aku hulurkan sebagai balasan. semoga Allah membalas segala kebaikan hampa :)


seingat aku, kali pertama aku ketuk pintu bilik 202B tu, ada sorg ja sister kat dalam tu. nampak baik budaknya, pakai spek, sopan santun. tanya punya tanya, rupanya ZAINI nama dia. IRK jugak. yes! ada geng!! dia orang perak, area2 kampung aku jugak. syokla mak abah aku dapat berkenalan dengan orang kampung depa.. hihi. lama aku dok dalam bilik tu dengan zaini, dengan bhasa skema "kami-hampa" time tu, kami bersembang la apa yang patut.
 pastu masuk pulak sorang lagi sister. dia mai letak2 barang semua, then dia masuk, duduk bsembang dengan aku n zaini. macam dah lama kenai ja. perghh,, dengaq dia cakap kedah pekat aku jadi excited !! dok KL tapi still bulih cakap utara itu ialah satu bonus buat aku.. hihi.. dia cakap nama dia zawiah, panggil ja JOYAH. nampak cam ganas sikit, tapi dia suka loya buruk. seriusly, hilang tensyen cakap dengan dia.
then, masuk pulak sorg lagi sister, n she is the last one since the room is fix for four person only. muka nampak stres ja, mungkin letih angkut barang dia yang memang banyak aku rasa time tu. yup, sangat banyak. banyak kali jugak dia ulang alik naik turun bilik. dah lama sikit, mak sister tadi tanya kami orang mana, nama apa. then makcik tu gtaw yg anak dia nama SYIKIN. pendiam sikit syikin ni kata makcik tu. yes, mmg syikin nampak pendiam waktu mula2 masuk. dengan kami cakap dua tiga patah ja. lupa nak habaq, dia org kelate.

ingat dak wei benda yang kita tampal depan pintu bilik ni ??
hehe..
hari berganti hari, sem berganti sem, akhirnya hampir setahun kita bersama sebilik. aku cukup kenai perangai hampa sorg2, dan aku pasti hampa pun kenai aku macam mana. dah tau sapa yg suka nanges, sapa yg suka tidoq, sapa yg paling busy, sapa yg kerap kluaq bilik tapi tak bgtau, sapa yg kuat mgusik, sapa yg nset dia selalu bunyi, paling kerap telefon parents, paling genius, n macam2 lagi yg tak dapat aku nak describe kat sini. dan itulah kita ! perbezaan kita yg menyatukan kita sebenaqnya. joyah dengan gaya ala2 mak tiri dia yg asyik paksa org makan bila cukup time, zaini si vice president pulak hari2 tak lekat kat bilik sbb sibuk meeting n study. syikin pulak dengan nset baru dia yg bertukar ganti setiap sem. dan aku pulak melekat dengan laptop dan bila aku tgh online, sesiapa yg bercakap dengan aku pasti tak akan dilayan.. hehe..

cara bilik kami susun selipar, ,, hehe
(gambar di'snap' oleh jiranmates)
masing2 dengan ragam tersendiri.tapi tu la yg mewarnai bilik kita yg kurang nampak warnanya tu. kan ?? seriuosly, kalau aku tensyen, aku balik bilik, dapat sembang dengan hampa n jiranmates, terus hilang semua kekusutan di kepala. "bonding time with roommates" teramatlah berharga bg aku. dapat luah perasaan n bg solution. entah akan dapat ke tak lagi aku ber'bonding' lepas ni ?? hmmmm...

semua tu tinggal kenangan ja. but things end, memories last forever. bila aku rindu hampa, aku akan bukak nset n laptop aku balik tgk gambaq2 kita yg pernah kita snap tak kira masa dulu. gambaq tu seolah2 bergerak, memutarkan masa lalu, walaupun hanya dalam skrin. rindu saat2 kita melawak (walaupun semua
org kata kita dalam bilik ni melawak kasaq) , pinjam meminjam, makan sekali, study sambil main sampai tertutup buku .. sungguh ! aku rindu hampa sangat :'(

"ONLY ROOMMATES KNOW THEIR ROOMMATES WELL"

too much memories here :'(
terima kasih sudi jadi roommates aku walaupun setahun ja . nanti kita jumpak kat gombak. hampa jadi senior aku dengan zaini. jangan buli kami pulak !! nanti kita jadi roommates lagi taw kat sana ! dengan jiranmates skli.. in sha Allah, kalau sempat..  ok ?? last word !! sayang hampa sangat2 !!!!!

Thursday 16 May 2013

jasamu dikenang

bismillahirrahmanirrahim..

sudah di rumah.. hihi.. baru ada mood sikit nak update blog..

hari ni 16 mei,, hari guru kan ?? banyaknya cikgu yg aku ada bilang kira2 balik. dari tadika sampai la ke UIA , fuhh! guna jari 20 ni memang tak cukup la. tapi tak perlu sampai guna kalkulator kot.. kih3..

masa dekat mashoor dulu, setiap tahun hari guru disambut macam mana yg sekolah2 lain buat jugak. tapi yg seronoknya,, kami buat solat dhuha dan hajat jemaah, mohon kesejahteraan dan keberkatan dilimpahkan kepada para pendidik di situ. then, baca yassin sama2.. semua tu kami buat kat tgh gelanggang.. sangat seronok.. walaupun sekolah kami kecik,, sangat kecik,,, tu bukan penghalang untuk kami bersama2  berkumpul memanjat doa kepadaNYA .

semua cikgu tu bermakna dalam hidup aku. tak kira la dia ajaq aku subjek apa pun, banyak mana ilmu yg dia dah bagi, lama ka sat dia mengajaq,, tapi signifikannya tetap satu iaitu MENDIDIK. yup, tak dinafikan pastinya ada sorang dua nama guru yang kita paling ingat jasa dan pengorabanan dia terhadap kita. aku pun camtu gak. nanti kat ending post ni aku cerita lain sapa guru2 yg bermakna dan kehadiran depa sangat memberi kesan kepada hidup aku.

hehe,, tiba2 teringat perangai2 yg selalu aku buat masa kat sekolah dulu. tersenyum sendiri bila ingat balik perangai kurang matang tu semua.

1. Tidoq dalam kelas..
selalu buat benda ni dalam kelas dulu. especially time kelas BI. FYI,, aku dok depan sekali masa sekolah dulu. depan meja cikgu pulak tu.. tapi bila mai kelas BI, mesti aku tidoq.. mula2 tu teragak2 jugak nak tidoq, tapi bila pusing blkg,, mak aiiii,, semua kepala dah ada atas meja.. yg tak letak kepala atas meja tu, ada keja lain pulak yg dibuat.. lagi satu, waktu sejarah.. subjek ni normal kot kalau tidoq.. boring plus aku memang tak minat sejarah2 ni. walaupun buku tu ada warna, aku tetap nampak buku tu hitam putih !!

2. Makan dalam kelas..
aku ni jenis yg bawak bekal pi sekolah. tiap2 hari bawak makanan yg mak masak. dan aku suka share dengan kawan2 makanan  yg aku bawak. apa yg tak pernah aku bawak ? nasi goreng, mee goreng, nasi lemak, hmm,, roti pulak dah selalu sangat.. bila cikgu kata "ok, take 5!" aku dengan serta mertanya bukak bekas mkanan bawah meja.. apa lagi, makan la.. siap share lagi.. kadang2 tak sempat pun untuk waktu rehat, makanan dah abih. bila mengantuk, perut mintak diisi. tu yg abih awai makanan semua tu.. hehe

3. Buat bising bila cikgu takdak..
dulu kat sekolah aku dok kelas 1st sekali. kelas budak sains. ok, bukan nak tunjuk yg aku ni bagus sbb dok kelas 1st tu, tapi nak habaq yg budak2 kelas tu semua jenih bukak buku waktu bila pun. waktu cikgu takdak tu la depa amek peluang untuk study and habiskan homework yg tak siap lagi.. yg tidoq pun ada jugak.. mungkin depa letih study n pi tusyen waktu malam, mai kelas tidoq la. bila org mula study, buat homework semua, aku mesti nak bukak mulut. nak kacau orang. sapa2 yg dok sebelah n belakang aku confirm tensyen dengan mulut aku yg non-stop bcakap ni.. hehe.. sorry hampa ! kalau aku tak bsembang kat tempat aku, mesti aku pi tempat org lain, ajak sembang jugak.. hehe.. saja2 cari hobi baru sebenarnya..

huhu.. mungkin benda2 ni semua common. tapi semua orang ada gaya tersendiri. bila teringat balik, lawak pun ada, malu pun ada, rindu pun ada.. hehe.. tapi cikgu kat sekolah dah macam lali dah dengan perangai budak2 mashoor ni. tabiat turun temurun cikgu kata... hehe

tadi aku kata nak gtau ckgu apa yg bg influence sgt dalam hidup aku kan?? hmmm.. cikgu tu ialah cikgu bm aku masa f1, f3 n f5. CIKGU JALILAH SHAIK ABDULLAH. saya sangat respek cikgu. walaupun cikgu busy, attend kursus sana sini, handle debat, dengan kelas lagi, cikgu tetap tak abaikan anak2 murid cikgu. usaha cikgu untuk bg kami semua dapat A untuk bm tercapai. yup, kami usaha tapi atas dorongan dan sokongan cikgu dari belakang, kami berjaya. alhamdulillah, SMKA (P) ALMASHOOR, berjaya mencatatkan kesemua calon SPM 2011 dapat A untuk bm. n kelas kami semua dapat A+.. ni hadiah kami untuk cikgu.. terima kasih banyak2 cikgu.. saya sayang sangat cikgu dan semoga sentiasa brada dalam lindungan dan rahmatNYA. n harap cikgu bsabaq dengan kerenah kami yg macam2 ni.. hehe..

SELAMAT HARI GURU untuk semua guru yg dah mengajaq insan yg bernama NUR SYAFIQAH HALIM yg bermacam2 kerenah dari dulu sampai la sekarang...

-TADIKA KEMAS BAYAN BARU
-SK SUNGAI NIBONG
-SMKA (P) ALMASHOOR
-CFS IIUM 12/13

dan paling utama, mak dan abah <3

terima kasih banyak2 semua atas ilmu yg dah diberikan.. jasamu akan ku kenang.. hanya ALLAH yg mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian..

Wednesday 8 May 2013

ke mana hilangnya ??

bismillahirrahmanirrahim...

baru ja habis exam arab.. entah kenapa,, takdak mood nak exam final kali ni.. malam tadi pun aku study sikit ja. masuk ke tak pun taktau la. yang aku tau aku dah selamat pun jawab exam arab. tawakal ja la dengan apa yang bakal aku dapat. yang penting aku dah usaha dan berdoa. doa dari mak yang paling penting sebab doa ibu ni mustajab. so, selalu2 la mintak mak doakan yang baik2 untuk kita =)

ada lagi 2 paper ja yang tinggal,, comp dengan RIM... isnin, selasa dan dah habis!! setahun aku dok kat sini.. kejap ja.. selalunya aku la orang yang paling excited dalam bilik ni nak balik Penang awal sebab tiap2 kali exam, mesti paper aku habis awai.. selalunya aku akan balik seminggu awal dari dua orang roommates aku ni. maklumla, depa core course, exam pun habis lambat..

tapi kali ni?? entah.. takdak mood langsung nak packing barang, nak buat pre-booking roommates, exam pun takdak mood.. dan tiket balik pun aku tak beli lagi sebab aku still taktau nak balik hari apa. tak
kan nak dok dalam cfs ni kot..?? memang tak laa.. apa yang menjejaskan mood aku ni hah? mungkin sebab ni last sem aku dengan joyah n syikin kot. sem depan sebilik dengan orang lain pulak. mesti dah lain.. sedih sedih sedih :'(

argghh!! sudah la syafiqah.. better stop typing now. otherwise you tears will drop on this keyboard suddenly lead to big flood all over the laptop. oraitttt!! sorry for this nonsense post guys! just wanna express my feelings right now..

Saturday 4 May 2013

kisah 3.5.2013

bismillahirrahmanirrahim...

3MEI 2013...

hari yg aku tunggu2 sepanjang sem 3 ni.. tarikh ni la kemuncak segala program.. dan hari ni jugak la last day for lectures.. minggu depan dah start exam.. selagi program tak tak abih, selagi tu aku tak tenang nak study.. tak suka hati ni nak study kalau ada benda yg masih tak beres.. tak boleh fokus, dan lagi satu memeningkan kepala nak pikiaq pasal benda alah tu.. stress, tensyen, tak cukup tidoq, pi kelas lewat, mengantuk dalam kelas,,  tu semua impak2 yg perlu ditanggung apabila berlakunya kekeliruan dan kecelaruan dalam kepala tatkala aktiviti luar dan study terpaksa dihabiskan seiring sehaluan tepat pada masa yang telah ditetapkan.. (abaikan struktur ayat yg tah apa2 tu,, hehee)

ok2,, back to the story... serius cakap, seminggu sbelum tarikh ni,, aku sangat letih.. badan dan otak amatlah letih.. struggle untuk abihkan semua tasking.. takut tak dapat selesaikan semua tasking ni dengan baik.. sampaikan aku off nset sebab stress sangat dengan mesej yg masuk!! DISTRACT!! tapi aku try jugak sedaya upaya buaya untuk siapkan takat mana yg sempat.. at least, aku dah usaha.. kalau tak usaha langsung tu lain laa..

tapi yang peliknya, sepanjang hari ni, aku langsung tak rasa penat macam mana yg aku rasa beberapa hari sebelum ni... macam biasa, kelas start pukoi 8, abih pukoi 12.. sempat jugak buat sesi bergambar dengan ustaz esam (lecturer arab untuk sem 1 dan sem 3).. usatz memang baik.. sabaq sangat dengan kerenah2 student dia. sangat memahami dan selalu bantu students dalam kelas.. terbaikkkk laa ustaz... banyak ilmu yg aku dapat sepanjang belajaq dengan ustaz.. syokk!! ALLAHU YUBARIKUFIK...


abih kelas, terus keluaq pi mid valley dgn fiza.. beli barang untuk gathering kelas yg telah dirancang sekian lama tapi tak jalan2.. alhamdulillah, last minute planning dengan bantuan kawan2,, dapat jugak kami gather2 harini ^_^ sempat makan dan main game bersama.. happy walaupun sat ja dapat berjumpa.. masing2 dah lain kelas, jumpak pun jarang2.. so ni la masa untuk kami sembang2 n tau perkembangan masing2.. tapi tak sempat nak ambik gambaq pun :'(

  class 620 n 503 is the best class ever !!

orang dekstop tengah fokus... hehe
abih gathering dalam pukoi 5 macam tu.. strait aku gerak terus pi lecture hall untuk preparation AGD hisbah aku. aku ditugaskan sbagai 'orang dekstop' untuk program ni.. hehehe..bukan senang nak jadi pubpro rupanya. doorbill, video, lagu, laptop, semua kena bagi bereh.. and video untuk program ni aku siapkan pukoi 7mlm (sejam sebelum program start).. cuak jugak takut tak sempat siap.. sampaikan masa gathering class pun, aku curi2 masa untuk siapkan video tuu.. letih weyh menghadap benda empat segi ni (laptop) dari siang sampai ke tengah malam.. siapnya dak jugak.. sabaq ja laaa.. abih buat video, settle kan apa yg patut kat lecture hall tu pulak.. dah pukoi 7 lbih2 macam tu, aku balik bilik sat (tak balik bilik langsung sejak kluaq pi kelas).. pukoi 8, mulakan tugas sebagai orang dekstop... hehehe.. nervous kot ! almaklumlah, tak pernah dapat tugas macam ni sebelum ni..

alhamdulillah, AGD berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang baik dari semua committee 1st year.. tabik spring la kat hampa weyh!! seronok dapat kerjasama dengan hampa.. pengalaman yg tak ternilai yg aku dapat especially untuk sem ni.. 

bila tengok program yg dirancang berjalan lancar, rasa letih, stress yg ada sebelum ni hilang macam tu ja.. gembira pulak hati rasanya bila nampak hasil yg memuaskan hati..ALHAMDULILLAH, Allah permudahkan segala urusan kami =)
# terima kasih untuk diri sendiri, roommates n 'jiranmates'  yg sudi berpenat lelah bersama, hisbah line-up, tak lupa classmates 620 n 503 yg sudi membantu untuk jayakan gathering kita yg tak seberapa tapi bermakna tuu.. terima kasih sangat2 kawan2 !!!! 

UHIBBUKUM FILLAH <3