Tuesday 7 January 2014

buta di dunia, celik di syurga

Istidraj cinta lagi kali ni…hehe


Satu labah2 suka panjat perigi
bila hujan turun labah cepat lari
terbit matahari air tiada lagi
labah pun panjat sekali lagi.

Siti menyanyi2 lagu ini berselang seli dengan ibunya. Sambil itu, tangan ibunya ligat mencucuk benang pada baju Siti yang sudah koyak dan lusuh tetapi masih dipakainya.

Habis sahaja mereka menyanyikan lagu tersebut, ibunya memeluk erat tubuh Siti yang agak kurus. Dicium dahi anak sulungnya itu penuh kasih dan cinta. Tumpah segala kasih sayang pada anugerah  istimewa yang hadir dalam hidupnya.

“Ibu, kenapa Siti buta ? knapa Siti tak macam adik dan orang lain?”

“Sbb Allah sayangkan Siti”

“Sayang ? kalau sayang, kenapa Allah tak bagi Siti celik macam ibu dengan adik ?”

“Kalau Siti celik macam adik, macam ibu, susah nak masuk syurga. Jadi, pasal Allah sayangkan Siti, Dia jadikan Siti buta. Supaya senang masuk syurga. Senang untuk Siti masuk syurga sayang.”

Si ibu menjawab dengan penuh sabar. Dicium lagi ubun-ubun anaknya itu. Ada esakan halus yang cuba disembunyikan ibunya. Air matanya mengalir juga walaupun cuba untuk ditahan.

“Nanti dalam syurga, tak payah la ibu jahit baju Siti yang koyak lagi kan ?”

“Dalam syurga, Siti mintak apa saja, Siti mesti dapat. Dan Siti tak buta dalam syurga, nak.”

“Cukuplah Siti ada ibu dengan adik.”

“Ibu sayang Siti.”

Siti terjaga dari tidurnya. Barangkali Siti terlalu rindukan arwah ibu hinggakan terbawa ke dalam mimpinya.

**********************************************
Ok,
moral of the scene.
Setiap kejadian Allah itu indah dan wajib ke atas kita untuk menghargai pemberian dan nikmatNya. Alhamdulillah a’la kulli ni’mah.
Mata. Salah satu kurniaan yang tidak ternilai. Kalau rumah kita blackout pun dah susah nak berjalan kan. Sebabnya takdak cahaya yang boleh menerangi laluan kita waktu tu. Itulah perasaan orang yang cacat penglihatan. Dunia mereka gelap tanpa cahaya. Mereka tak dapat melihat keindahan ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Tapi depa ni istimewa. Sebab depa dapat melihat dengan mata hati J
buta di dunia, celik di syurga.


Gunalah sepasang mata yang Allah pinjamkan kat kita untuk beberapa detik di dunia ni untuk perkara2 yang baik. Jaga pandangan daripada memandang perkara yang haram kerana dari mata turun ke hati. Memandang perkara yang haram boleh membawa kepada kerosakan hati dan seterusnya membentuk akhlak yang buruk. Jadi jom jaga mata dan lihatlah perkara yang boleh mendatangkan pahala.

4 perkara apabila dipandang mendapat pahala

1.       Wajah ibu bapa

2.       Al-quran
3.       Lautan
4.       Kaabah


Wallahua’lam..