Thursday 19 December 2013

istidraj

bismillah..

Ternampak satu cerita baru kat tv. Tajuknya “Istidraj Cinta”. Aku tertarik dengan perkataan ‘istidraj’ tu sendiri.

Masa kat sekolah dulu, pernah belajaq sikit pasai ‘isitidraj’ ni. Dan sebenaqnya, istidraj ni ada ja yang berlaku sekeliling kita.

“dia tak solat pun, tapi dapat straight A, kaya, hidup senang lenang  pulak tu.”

“Islam ni agama yang benar. Tapi kenapa aku tgk non-muslim lagi berjaya, sedangkan kita org islam ni makin terhimpit.”

Sejujurnya, tu antara soalan2 yang pernah muncul dalam kepala aku suatu ketika dahulu. masa zaman jahiliyah dolu2 

Ada orang dalam hidupnya diuji dengan nikmat. Kejayaan datang bergolek, rezeki melimpah ruah, hidup goyang kaki je. Tapi makin jauh dari Allah. Yang disuruh tak buat, yang dilarang pulak seronok jadikan amalan. Senang cerita, tak perlu nak susah payah pun nak dapat sesuatu yang dia nak.

Itulah istidraj !

Istidraj ialah pemberian dan nikmat Allah kepada hambaNya semata-mata untuk menyesatkan hambaNya itu di mana pemberian tersebut tidak mendapat keredhaan dari Allah.

Kenapa Allah bagi jugak nikmat tu kalau tak redha ?
Sebab inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Masyarakat hari ini tak sama dengan masyarakat pada zaman dahulu. masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling mereka. tidak seperti masyarakat dahulu yang memandang jauh ke depan. Orang dahulu tak belajar tinggi sampai universiti pun. Tapi kita harini cerdik. Ada degree, master, phD. Belajar sampai ke menara gading, siap merantau ke tempat orang lagi. Tapi masih kurang bijak.

Apa yang boleh kita lihat harini, orang yang berkuasa menggunakan pangkat dan harta mereka untuk menindas orang lain kerana mereka tidak tahu untuk menilai dan menggunakan nikmat yang Allah berikan. Orang bawahan dizalimi kerana mereka fikir mereka sudah cukup berkuasa dengan apa yang mereka ada.

Ramai antara mereka harini menganggap dengan pangkat, harta dan kejayaan yang dikurniakan Allah itu adalah kerana Allah sayang kepada mereka. Walhal mereka sebenarnya sedang diuji dengan dengan segala nikmat pemberian tersebut. Mereka sedang keliru dan masih tidak faham yang nikmat tersebut yang akan memusnahkan hidup mereka suatu ketika nanti. Sudah diberi pelbagai kesenangan tapi masih lagi tak mahu mendekati Allah. Makin gemar melakukan maksiat dan seolah-olah tak kenal lagi erti dosa.

Sifat sombong dan angkuh meraja dalam diri mereka apabila mendapat segala kemewahan dan kejayaan tu. Maka akan timbul rasa mahu menentang kuasa Allah kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup berkuasa sedangkan mereka telah diistidrajkan ketika itu. Mereka sudah lupa daratan. Golongan seperti ini akan dibinasakan oleh Allah dengan pelbagai cara dan mati.

Banyak pemimpin yang dilaknat Allah kerana keangkuhan mereka atas nikmat yang dikurniakan.

Firaun, dengan sombongnya mengaku dirinya Tuhan. Dia tak pernah sakit hinggakan bersin pun tak pernah. Betapa Allah bagi nikmat sihat pada Firaun. Jangan ingat kita ni sihat, Allah sayang kat kita. Orang lain dah banyak yang mati, tapi Firaun masih tak mati-mati. Dia terus hidup dengan angkuh, sombong dan takabur. Dia melawan Allah SWT. Akhirnya dia dibinasakan dengan nikmat tersebut.

Namrud begitu kuat menyembah berhala dan sombong dengan Allah hingga mahu membakar Nabi Ibrahim.  Oleh kerana terlalu berkuasa, Namrud akan menjadi marah apabila ada yang mahu menentangnya. Sehinggakan dia berani untuk melawan Penciptanya. Akhirnya Allah binasakan Namrud hanya dengan seekor nyamuk yang memasuki hidungnya.

Qarun. Tidak ada sesiapa hari ini mempunyai harta sebanyak Qarun. Hartanya terlalu banyak hinggakan kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Tu baru kunci gudang, tak masuk harta dia lagi. Begitu kayanya dia. Walaupun kaya, Qarun tak pernah sujud dan bersyukur pada Allah. Dia masih mahu melawan. Akibat kesombongannya, Allah telah menenggelamkan Qarun bersama harta-hartanya.

Na’uzubillah..
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.



Tapi bukan bermakna semua orang yang kaya, hidup mewah, berjaya dan sihat tu telah diistidrajkan. Tidak. Orang yang dikurniakan nikmat kemudian dia mengabdikan diri untuk mencari keredhaan Allah, bersyukur, membuat kebajikan serta mendekatkan jiwa dengan Penciptanya maka orang seperti ini tidak diistidrajkan.




Mengapa ?
Kerana mereka tahu target hidup mereka. kita perlu jelas dengan target hidup. hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Barulah selamat. Apabila kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, in sha Allah, selamat dunia wal akhiroh :)

Peringatan bersama.









Tuesday 17 December 2013

berhenti mengeluh

Bismillah..

Hidup tak menjanjikan kesenangan semata. Pasti akan terselit sedikit ujian sebagai pengukur keimanan bagi insan yang bergelar hamba di atas muka bumi ini.

Seumur hidup kita ni, tipulah kalau tak pernah diuji walaupun dengan ujian yang kecik dan ringan. Nama ja manusia, memang layaklah kita ni diuji. Bukan apa, Allah nak tengok, setakat mana kita mampu bertahan dan bersabar dengan ujian yang diberi.

Dan kita sebagai hamba ni pulak, macam mana kita terima ujian yang Allah berikan ?

Pelbagai jenis rungutan yang akan dikeluarkan. Sering saja perkataan ‘kalau’ diulang-ulang.

“kalau la aku bawak payung tadi, mesti tak basah kuyup macam ni..”

“kalau aku tau ada spotcheck harini, aku pakai la matric card tu !”

“kalau aku tau lambat macam ni, memang tak la aku nak ikut hang pi shopping.. huh !!

Nampak? Nampak ? entah berapa banyak ‘kalau’ daaa…
perasan ke tak, sebenarnya bila kita menyebut perkataan ‘kalau’ tu seolah-olah kita tak redha dengan ujian atau takdir yang Allah tentukan untuk kita ? bukan ke bila Allah uji tu, tandanya Allah sayang kat kita ? Allah rindu nak dengar kita mengadu kat Dia. Jadikan Alah tempat mengadu bila kita ada masalah. Dia sentiasa ada untuk mendengar luahan dan rintihan hambaNya. Bukannya mengadu kat fb atau twitter je..


Bila dipikirkan balik, nikmat pemberian Allah ni tak terhitung kalau dikira pakai mesin apa pun yang ada dalam dunia ni. Anggota badan ni pun dah anugerah yang tak ternilai. Belum lagi dikira dengan kejadian alam di sekeliling kita yang digunakan secara percuma ni. Free of charge Allah bagi. Tak kena  bayar pun bila nak sedut oksigen untuk bernafas.

"maka nikmat tuhan yang manakah yang kamu dustakan?"

Tapi ??
bila kena uji sikit je, dah nak mengeluh tak sudah.. langsung tak ingat nikmat yang Allah kurniakan kepada kita. Banyak je yang Dia bagi, tapi kita buat-buat tak nampak. Masih taknak bersyukur. Nak sebut Alhamdulillah pun susah sangat. Itulah hakikatnya !


Sebenarnya, tiada satu pun ujian datang untuk melemahkan. Semuanya datang untuk memberi kekuatan kepada kita jika kita berusaha mencari hikmah yang tersembunyi.
"sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan" [al-insyirah:6]

Allah tak pernah biarkan hambaNya berada dalam kesusahan dalam keadaan yang lama..
apa yang penting, berdoalah supaya dikuatkan hati untuk menghadapi segala ujian dan dugaan. Bukankah itu lebih baik daripada mengeluh tak sudah-sudah. Mengeluh tak akan mengubah apa yang dah terjadi.


Kadang2, kita ambik ringan dan anggap perkara ni remeh. Yang kita tahu cuma merungut, merungut dan merungut.. kan ?? tak pernah bersyukur. Tapi sebenarnya, Allah dah rancang sesuatu yang indah untuk kita.  Cuma kita yang tak sedar.. jadi kita kena sentiasa bersyukur dan bersangka baik dengan Allah. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah. Cepat atau lambat, hikmah tersebut pasti akan kita temui. :)

Wednesday 11 December 2013

di mana engkau ?

Wahai sahabat,
ke mana kau menghilang saat aku memerlukan dirimu ? aku nak ceritakan sesuatu yang perlu kau tahu. Yang perlu kau dengar dari mulutku sendiri.

aku nak kau tahu, engkaulah sahabat yang sering membantuku, memahami aku dalam apa jua kondisi. Kau cuba  sedaya upaya untuk tenangkan aku tika aku gelisah memikirkan masalah yang tidak pernah selesai.

aku rasa sedih kehilangan dirimu wahai sahabat. Memori pahit manis, suka duka, gelak tawa kita tak pernah luput dari ingatan aku. Sentiasa aku kenang. Aku harap tali silaturrahim yang pernah kita bina tak akan putus.

tapi,
kau seolah-olah pergi meninggalkan aku setelah munculnya si sahabat baru. Seakan kau sudah jumpa pengganti aku. Aku sangat kecewa, sahabat !

inikah yang dipanggil sahabat ??

masih inginkah kau memanggil aku sahabat ??

lupakah kau pada kenangan dan memori kita dahulu ??

bila ku renung kembali,
mungkin aku punya khilaf terhadap dirimu di luar sedar.
jika ya, aku mohon maaf darimu.




tapi apa salahnya jika kau menegur kekhilafan aku itu.
itu lebih baik dari meninggalkan aku begini.

tidak mengapa.
Barangkali aku perlu mencari teman baru untuk bercerita dan berkongsi kisahku.

Tapi setelah aku bersama sahabat baru, kau datang kembali padaku. Adakah pemergianmu selama ini bertujuan menguji kesabaranku ?

maafkan aku sahabat andai aku berhijrah ke tempat lain. bukan bererti aku akan melupakanmu, tapi berikan aku masa untuk memperbaiki diri ini.

in sha Allah, jika dipanjangkan umur,
kita akan dipertemukan lagi kelak.
doaku agar kau sentiasa diberkati olehNya.


terima kasih kerana sudi menjadi sahabat buat insan lemah ini buat beberapa ketika.
walau apa pun yang terjadi antara kita,
AKU TETAP MENYAYANGI KAMU, SAHABAT !!