Friday 25 January 2013

kadang-kadang tu susah nak husnuzon

bismillahirrahmanirrahim..

salam sakinah, mawaddah wa rahmah...

boleh dikatakan yang hari-hari kita akan mengahadap fb. dunia dah maju, teknologi dah moden, so semua benda orang update dalam fb ja hari ni. sampaikan homework pun bincang dalam fb. memang tempat berhimpun satu dunia la fb tu kiranya. tak cukup dengan fb, ada lagi twitter, instagram lah, dan sekarang ni, yang terbaru.. apa tu?? ask fm eh?? ya la kot...

log in fb, bukak home, mesti kita akan nampak banyak gambar-gambar yang di'post'. gambar ni pulak macam-macamlah rupanya. ada yang duckface, edited, gambar depan cermin dan macam-macam style lagi ada. tak dinafikan gambar-gambar yang di'upload'kan ke fb kadang kala menimbulkan persoalan.

contohnya laki dan perempuan bergambar secara berdua-duaan dalam keadaan yang agak mesra.


kadang-kadang, gambar-gambar tu sendiri yang buatkan kita susah nak husnuzon..

nak kata kakak dia, aku pernah tengok kakak dia. tu pun dua tahun lepas. takkan la dua tahun aku tak tengok akak dia, muka dah lain macam ni. muka diorang jauh beza. takkan la adik beradik bergambar mesra macam ni. siap pegang-pegang pinggang lagi.

kalau adik dia.. haish.. dia kan anak bongsu. mana nak ada adik perempuan dah. sah la dia yang last.

mungkin sepupu dia kot? tapi, kalau sepupu pun, mana boleh dok pegang-pegang camtu kalau takdak ikatan yang sah.

mak??? muda sangat la pulak kalau nak kata mak dia. setahu aku mak dia dah masuk umur 50. kalau tengok gambar ni, remaja sangat la pulak 'mak' dia ni.

kalau dalam gambar dia ni nenek dia memang tak la !! tapi tak tau la pulak kot-kot dia ada nenek baru yang muda, hehehe....

dah tu sapa?? girlfriend dia la tu.. takkan la dengan adik beradik nak mesra sampai macam tu. mak sendiri susah sangat nak peluk. tapi kalau yang tak halal tu, tak rasa berdosa pulak ek?

nampak tak permainan dia???
kadang-kadang susah untuk kita husnuzon kan? dah macam-macam cara otak ni cuba untuk husnuzon dengan apa yang kita baca dan nampak depan mata ni, tapi ada ja yang mencantas perasaan tu. sebab benda tu tak jelas, jadi kita pun mesti la tertanya-tanya dengan sapa dia bergambar ni.. kalau dah kawen, takde pulak walimahnye. gambar dia pulak yang jadi masalah kita. aduh! ni kes gawat..

orang yang meng'upload' gambar ni pulak tiba-tiba rasa bangga bila ada yang komen "waaa.. sweetnye korang.." tambah pulak dengan like yang beratus-ratus. lagi la banyak gambar-gambar macam tu kat home kita esok-esok ni.

andai kata ada yang berani menegur si dia yang meng'upload' gambar-gambar yang boleh mendatangkan fitnah macam tu. hanya dua kemungkinan akan berlaku :
1- dia takkan upload lagi gambar-gambar macam tu sebab rasa segan ditegur
2- unfriend/block orang yang dah tegur perbuatan dia dan terus meng'upload' gambar-gambar tersebut.


cara menegur juga perlu diambil kira. janganla kita menegur dia secara direct di ruangan komen. sebab di situ  semua rakan-rakan di fb boleh membaca apa yang tertulis. hal ini boleh mendatangkan sifat malu dan mungkin si dia akan bertindak lebih ganas kerana terasa dirinya telah dimalukan dikhalayak ramai.
jadi gunalah ruangan chatting yang tersedia di fb untuk memberi teguran secara berhikmah. berhikmah di sini tidaklah bermaksud terlalu lemah lembut tapi menggunakan wasilah yang tepat dan bijaksana supaya orang yang ditegur tu dapat menerima teguran yang diberikan dengan baik.

bukan mudah untuk memberi teguran kepada orang lain, tambah-tambah yang lebih senior. nanti ada pulak yang dikata "nak tunjuk pandai la tu, aku makan garam lebih dulu dari korang. jadi jangan sibuk hal aku! aku taw apa yang aku buat !!"

ewah2.. akak, akak tau ke bila malaikat datang nak jemput nyawa akak? takde sorang pun atas muka bumi ni yang tahu tarikh kematian dia. macam mana kalau akak meninggal sebelum sempat akak bertaubat. pasti semua orang inginkan syurga. tapi macam mana nak masuk syurga kalau kita sendiri yang cuba untuk membawa diri kita ke neraka..?

perbuatan kita yang membuatkan orang sekeliling sukar untuk bersangka baik boleh mendatangkan fitnah.
walau apa pun, jika ada yang menegur, terimalah teguran tu dengan baik. bahkan berterima kasihlah kepada insan yang sudi untuk menegur itu kerana dia telah cuba untuk menyelamatkan saudara seagamanya.
so, perlulah berhati-hati dalam apa jua tindakan supaya mendapat mardhatillah.. cuba muhasabah kembali diri kita..   #notetoself

Wednesday 23 January 2013

perubahan

tak pernah terbayang hidupnya bakal menghadapi perubahan sebegini. dahulunya, dia hanya seorang gadis yang 'biasa-biasa saja'. takde la nak kata terlampau liar, tapi ya, dia tahu halal haram dalam islam. baginya tu sudah memadai. menjalani kehidupan di sebuah SMKA sedikit sebanyak membuka matanya tentang kepentingan tarbiyah. semenjak itu, dia mula mengubah dirinya sedikit demi sedikit. tudungnya sudah dilabuhkan sedikit, takde lagi selempang di atas bahu. bajunya juga sudah tidak sendat seperti selalu. perlahan-lahan dia cuba untuk berubah.

namun kehidupan di bandar yang mementingkan trend dan fashion  seolah-olah mengajaknya untuk terikut-ikut dengan situasi tersebut. naluri seorang remaja yang memang sukakan kehidupan yang enjoy dan happy go lucky memaksanya untuk berjinak-jinak dengan kehidupan di kota yang sedang membangun. kalau dulu cuti hujung minggunya hanya di rumah, tapi kini mukanya sudah mula dilihat di shopping complex. padanya, tidak menjadi masalah jika sekadar berjumpa rakan-rakan di tempat tersebut, asalkan perwatakannya sebagai seorang muslimah masih dijaga dengan baik.

 mendapat tawaran di salah sebuah IPTA di ibu kota memaksanya untuk berpisah dengan rakan-rakan yang lain. benar, kehidupan di KL ni jauh bezanya dengan kampung halamannya di utara. harga barangan jauh berbeza. pembangunan di KL lebih pesat dengan adanya LRT, monorel, KTM dan banyak lagi la. kadang-kadang tu dia terasa agak 'jakun' berada di tengah-tengah ibu kota ni.

yang sebenarnya, tempat di mana dia menuntut sekarang telah banyak mengubah dirinya. bahkan tempat tu telah menyedarkannya tentang agamanya iaitu ISLAM. angan-angannya dulu untuk menyambung pelajaran dalam bidang math telah terbantut. akhirnya, kursus agama menjadi pilihan. mungkin inilah hidayah yang ALLAH berikan kepadanya supaya gandakan usaha untuk menuntut ilmu agama. dia reda bahkan sangat bersyukur dengan ketentuan yang telah diberikan.


di sinilah segalanya berubah. jika dulunya hanya tudung bawal 45' sahaja yang tersarung di kepala, tapi kini dia nampak lebih segak mengenakan tudung bidang 60. bertudung labuh bukan bermakna dia seorang ustazah ataupun bakal bergelar ustazah. ya benar, tudung labuh bukan suatu kewajipan tapi ia adalah hak untuk setiap insan yang bergelar muslimah.

ilmu bahasa arab yang dahulunya dipelajari di sekolah hanya tiket untuk lulus peperiksaan. tapi setelah berada di sini, dia menyedari akan kepentingan bahasa al-Quran itu. hanya dengan menguasai bahasa tersebut dia mampu untuk tadabbur kalam ALLAH yang hebat itu. kala itu dia  dapat merasakan betapa ruginya dia tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu bahasa arab di zaman persekolahan lalu. andai saja masa dapat diputar. tapi sayang. nasi sudah menjadi bubur. hanya dengan usaha yang lebih mampu mengembalikan apa yang telah hilang suatu ketika dahulu.

bercerita akan perihal rakan-rakannya di sini,  SUBHANALLAH! majoriti insan-insan yang berada di tempat ini kaya dengan ilmu agama. timbul sedikit rasa segan dalam dirinya apabila bergaul dengan mereka. dirinya hanyalah seorang muslimah yang masih cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. berkawan dengan orang yang mengahafal al-Quran menambahkan lagi rasa segan dalam dirinya. manakan tidak, dirinya jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan para huffaz itu. namun, rasa segan terpaksa dibuang atas dasar dahagakan ilmu agama. peluang berkawan bersama para huffaz ini digunakan untuk menambahkan ilmu tentang al-Quran. indahnya al-Quran jika dapat kita hayati dengan baik. SUBHANALLAH !!

alhamdulillah, dia dapat merasakan setiap orang yang berada di tempat tersebut mementingkan dakwah. setiap malam di situ dihidupkan dengan majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustaz yang berpengalaman. baginya, rugilah sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang untuk berhimpun di taman syurga ini. majlis ilmu yang diberkati dan diredai diibaratkan seperti taman syurga.

begitulah sedikit demi sedikit perubahan yang berlaku dalam dirinya. bukan mudah untuk menjadi seorang yang sempurna di sisi ALLAH. harus berani lakukan perubahan. ayuh! bersihkan diri. istiqamah dalam setiap amalan baik yang kita lakukan.

jika ingin menjadi soleh, mestilah berada dalam kalangan yang soleh.

jika ingin menjadi orang yang beriman, hendaklah berada dalam kalangan yang beriman.

jika ingin menjadi ahli syurga, hendaklah berada dalam kalangan ahli syurga.

masyaAllah ! tabarakallah...

in sha Allah.. wallahua'lam

Sunday 13 January 2013

memangla normal

bismillahirrahmanirrahim..

salam sakinah mawaddah wa rahmah =)

alhamdulillah.. masih berada dalam mood cuti sem walaupun tak lama. 3 minggu ja. walaupun kejap, bersyukurlah sebab diberikan jugak nikmat bercuti. sempat la spend time dengan family, kawan-kawan lama, jalan sana sini, beli barang yang tu yang ni, walaupun terkejar-kejar kan.. hehe..

hujung-hujung cuti sem ni masing-masing tertunggu result la pulak kan? sebelum check result tu, macam-macam reaksi yang boleh kita tengok. kalau pegang tangan ni, macam baru keluar dari fridge ja. takut sangat la katakan. hormon adrenaline pun ambik peluang nak bergerak tanpa kawalan. bebas.

ayat-ayat popular sebelum keluar result...

"kau takpe la, kau pandai. mesti result kau gempak punye. aku ni??"

"den takut la dengan result den, waktu exam hari  tu den banyak 'goreng'  soalan-soalan tu."


"nak check ka tak mau? bukan apa, kalau check satgi, aku takut aku sendiri pun tak sanggup nak hadap result slip aku tuh. calon pelajar cemerlang lah katakan."

ok, memang tak dinafikan, rasa nervous tu normal. tapi apa yang perlu takut dengan result yang nak keluar tu? dah keluar, check ja la. lagipun, keputusan yang kita dapat tu atas usaha diri kita sendiri jugak kan? baik atau tak, kitalah orang yang tentukannya. so, buang rasa takut tu, relax ja. mula dengan bismillah, check. baik? alhamdulillah... repeat?? failed?? takpe, tak perlu kecewa sangat. innallaha ma'ana. pasti ada hikmah di sebaliknya. percayalah !

macam ni lebih baik rasanya kan...

"relax lah bro! wat lek wat cool.. check ja la. apa pun result yang hang dapat, redha ja. kalau baik alhamdulillah, kalau rasa kurang memuaskan, ambik la apa yang jadi ni sebagai pembangkit semangat untuk masa depan. mungkin dengan result yang tak berapa nak cantik ni la yang akan bagi hang tersenyum suatu hari nanti. sapa tau kan?"

yeah!! betul tu.. gagal sekali tak semestinya gagal selamanya. kalau ya pun gagal, be positive! mungkin kegagalan ni la yang akan berikan kita kejayaan suatu hari nanti. takdak orang yang berjaya yang tak pernah gagal. tapi... kalau dah berjaya, jangan la jadi macam kacang pulak eh. sombong. riak. angkuh. bila-bila masa ja ALLAH boleh tarik balik nikmat tu. masa tu baru la nak menyesal. apa-apa pun. ingatlah.. ALLAH yang kurniakan segala rezeki dan nikmat untuk hamba-hambaNYA.  #notetoself