Wednesday 20 March 2013

kematian semakin dekat apabila umur meningkat

bismillahirrahmanirrahim...

assalamualaikum wbt..

sekadar peringatan buat empunya blog ini sempena ulang tahun kelahirannya di bumi Allah.

5 MAC, tarikh lahir aku menurut tahun Masihi, dan tahun ni genaplah umur aku 19 tahun. dah besar dah aku.. besar ka?? tapi tinggi tetap tak ubah.. hehe..

tapi sebenarnyaaaa, hari lahir kita ni, sepatutnya terima kasih kat mak kita la kan?? betul tak..? tanpa ibu, tak  berpeluang la kita nak jenguk dunia ni.. so,, terima kasih mak !!! kak yong sayang mak sangat2 <3

setahun setengah meninggalkan alam persekolahan, kini aku jauh dari keluarga di negeri tercinta. apakan daya, usaha dalam menuntut ilmu perlu diteruskan. jauh pun jauh lah.. kata orang jauh di mata dekat di hati.. hmmm,, betul jugak bila dipikirkan balik. bila berjauhan, barulah timbul atau wujud rasa untuk menghargai apa yang kita miliki sebelum ni. rindu itu normal bila berjauhan. jadi gunalah teknologi yang ada ni untuk eratkan hubungan yang jauh ni. biarlah hilang dari mata, tapi tersemat dalam hati :)

bukan nak cerita apa pun yang kat atas tu, cuma nak bagitau yang sekarang aku menjalani kehidupan di asrama, bersama kawan-kawan.. alhamdulillah, dapat aku merasa kehidupan seorang pelajar asrama. ni la asrama pertama bagi aku, dan pengalamannya sangat AWESOME !!!

terima kasih sangat bagi roommates dan classmates atas ingatan korang untuk besday aku kali ni!! serius, tak tipu, sangat berbeza perasaan aku untuk ulang tahun kali ni. jangan tanya kenapa, awat atau pasaipa.. sebab aku sendiri pun tak tau jawapan dia. mungkin pembawakan watak aku dekat sini tak sama dengan waktu sekolah dulu. kat sini aku lebih kenal apa itu ukhuwwah dan persahabatan. indahnya Subhanallah !

terharu bila kawan-kawan wish besday. bukan terharu sebab wish tu, tapi pesanan dan peringatan yang terkandung di sebalik ucapan hari lahir aku tu. ya, mungkin bunyi ucapan mereka lebih kurang bahagi darab kuasa dua nak sama. tapi aku sangat menghargai apa yang diorang cuba nak sampaikan. looks typical but meaningful ! in sha allah aku dalam usaha untuk membaiki kelemahan diri. aku juga manusia biasa, banyak kelemahan. jadi aku berusaha untuk berubah ke arah yang lebih baik semampu yang boleh. doakan supaya aku tidak jatuh di tengah jalan..

thanx roommates yang bagi cekelat tak berkacang kat aku.. hehe.. dah abih pun aku makan..
and also classmates yg igt kat aku.. terharu weyh!! mekasih sgt2!! uhibbukum fillah <3
sebenarnya, apa yang aku cuba nak tekankan kat sini ialah kedatangan hari lahir yang kita jumpa tiap-tiap tahun tu merupakan satu peringatan untuk kita mengingati hari tua dan kematian serta hari akhirat dan pembalasannya. sudah bersediakah kita??

sedarlah, sesungguhnya setiap manusia yang dilahirkan ke dunia ini bersih secara zahir dan batinnya. tapi apa yang berlaku ialah manusia itu sendiri yang cuba untuk memusnahkan dirinya sendiri ke arah kerosakan dan kefasikan.  sedangkan kita dilahirkan secara suci dan bersih. sedangkan Islam sendiri begitu menekankan tentang kebersihan dalam diri setiap muslim. jika mahu membersihkan diri secara zahiriah; berwuduk dan mandi. bagaimana pula untuk membersihkan diri secara batiniyah?? perbanyakkanlah istighfar, selawat, zikir, solat, puasa, doa serta amal kebajikan yang istiqamah hingga ke akhir hayat.

so, ingatlah dan sambutlah hari lahir kita sebagaimana Allah dan Rasulullah mahukan kita sentiasa bermuhasabah dan mengingati muda sebelum tua dan hidup sebelum mati. tajdid niat dan azam dalam diri untuk terus bermujahadah dalam beribadah serta mendekatkan diri kepadaNya. beramallah dengan penuh kesungguhan seolah-olah kita akan mati pada esok hari tanpa kita melupakan atau mengabaikan nasib kita dan keluarga kita di dunia ini.

alhamdulillah, kita semua masih diberikan peluang untuk menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida dengan mudah. insafilah segala kelalaian dan kekhilafan yang telah kita lakukan. Astaghfirullah ! ayuh sama-sama kita memohon keampunan dari Allah dan berdoa supaya tidak hanyut dibuai hasutan syaitan supaya leka dengan dunia yang sementara.

sesungguhnya orang yang berjaya di dunia dan di akhirat sentiasa berusaha untuk memeriksa diri dan perbuatan mereka seterusnya cuba untuk memperbaiki diri, keluarga dan masyarakat supaya berada di jalan lurus yang diredai Allah SWT.