Friday 18 October 2013

ujian itu tarbiyah

Bismillahirrahmanirrahim…

Setiap insan yg hidup di atas muka bumi tak lepas daripada berdepan dengan pelbagai jenis ujian. Bukan setakat ujian yang kita duduki zaman2 sekolah dulu, namun ujian yang lebih besar daripada itu mungkin pernah kita hadapi.

Kematian, harta benda, kegagalan, kemiskinan, tubuh badan, kuasa, ilmu, suami, isteri, ibu bapa, anak hatta tidur pun salah satu jenis ujian daripada Allah SWT.  Ni baru bentuk2 ujian yang boleh kita list down.. yang tak nampak depan mata?? Banyak lagi.. mungkin belum tiba masanya kita dipilih untuk menduduki ujian tersebut.. barangkali..

Setiap kali diuji, hadapilah ujian tersebut dengan sifat reda dengan qada’ dan qadar Allah. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui apa yang tidak kita ketahui. Seberat manapun ujian yang Allah turunkan kepada hambaNya, ketahuilah, ujian tersebut sebenarnya menjadi kayu pengukur kepada kekuatan dan keteguhan iman seseorang itu. Segala jenis ujian, musibah atau dugaan itu sebenarnyamenjadi bukti kasih sayang Allah terhadap hambaNya. Tujuan Allah menguji manusia juga adalah untuk memastikan hamba2Nya memiliki iman yang teguh setelah menghadapi ujian dengan penuh kecekalan dan kesabaran.

>KENAPA AKU DIUJI ?
>KENAPA AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?
>KENAPA UJIAN AKU SEBERAT NI?
>BOLEHKAH AKU KECEWA ?
>BAGAIMANA NAK MENGHADAPINYA ?
>APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI ?
>PADA SIAPA BOLEH AKU BERHARAP ?
> AKU DAH TAK TAHANNNN !!!!!


Begitu banyak persoalan yang timbul ketika fikiran kita dalam kekusutan. Namun, perlu kita ingat, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya berseorangan atau istilah yang sering digunakan “forever alone”.. 
 Tak perlu risau, kerana Allah telah meninggalkan “ubat penenang” dari Al-Quran yang menjadi rujukan utama kita sebagai muslim sekaligus menjawab persoalan2 di atas. Semoga dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian J

> KENAPA AKU DIUJI ?

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. [Surah al-Ankabut: 2-3]


>KENAPA AKU TAK DAPAT YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. [Surah al-Baqarah: 216]


>KENAPA UJIAN AKU SEBERAT NI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. [Surah al-Baqarah: 286]

>BOLEHKAH AKU KECEWA ?
Dan janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, kerana kamu paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang beriman. [Surah ali-imran: 139]

>BAGAIMANA NAK MENGHADAPINYA ?
Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar. [Surah Al-Baqarah: 153]


>APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA NI ?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh syurga. [Surah at-Taubah: 111]


>PADA SIAPA BOLEH AKU BERHARAP ?
Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar."  [Surah at-Taubah: 129]


> AKU DAH TAK TAHANNNN !!!!!
..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. [Surah Yusuf: 87]

  



 #PerkongsianBersama    #UjianItu­­­­­­­­­Tarbiyah      #NoteToSelf     #Senyum





No comments:

Post a Comment