Monday 18 November 2013

Allah bagi apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU

Handset aku berbunyi menandakan ada mesej yang menerpa. Mesej yang memang aku tunggu2. Segera aku membuka inbox, lalu aku membaca apa yang tertera di skrin telefon bimbitku.

“adik dapat 4a1b. tak dapat 5a. dia nanges teruk”

mesej dari mak itu aku baca di dalam hati. Rasa kasihan pula terhadap adik bongsuku itu. Aku tahu dia kecewa. Tapi apakan daya, tiada apa yang mampu diubah. 

Usaha sudah, ikhtiar juga sudah pelbagai cara. Redha sajalah dengan apa yang diperoleh. Pasti sesuatu tersembunyi di sebaliknya. Lambat laun pasti akan ketemu juga. Dia sebaik-baik Perancang dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. Kun fayakun. rencanaNya indah belaka. Tak perlu mempersoal takdir.

Pulang sahaja adikku itu dari sekolah, riak kecewa jelas tampak di wajahnya. Katanya “hmm, nak buat macam mana, takdak rezeki nak dapat 5a macam kak yong”.

Aku mendekatinya, belakangnya aku usap. Aku cuba memujuk.

“syukurlah… 4a tu pun dah alhamdulillah. Ada orang takdak A langsung. Lagi sedih. Semua yang dapat 5a tu bukan tentu berjaya sampai SPM. Ada yang dapat 5a masa UPSR, masa PMR hangus. Allah tak bagi 5a kat hang sekarang, tapi masa depan mana nak tau Allah nak bagi lebih dari ni. UPSR ni cuma permulaan untuk tempuh jalan2 berduri kat depan tu. Janganla putus asa. Lagipun hang yakin ka, kalau Allah bagi 5a kat hang, hang akan bagi best performance untuk mak abah, cikgu2 n untuk diri hang sendiri untuk masa akan datang ? ”

Adikku diam tanpa kata. Aku harap semangatnya kembali pulih walaupun rasa kecewa masih berbekas di hatinya. 

Aku nak dia tahu, dalam hidup ni, Allah bagi apa yang kita PERLU, bukan apa yang kita MAHU. Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan.
Bukan semua kehendak kita akan dipenuhi. Kadang2 apa yang kita rasa kita nak atau teringin sangat tu sebenarnya akan bagi kemudaratan untuk diri kita.


Misalnya mungkin dengan kejayaan kita yang cemerlang akan membuatkan kita menjadi orang yang lebih sombong atau sifat riak semakin menebal dalam diri. Secara tak langsung, kita akan memandang orang yang kurang terserlah prestasinya dengan perasaan jelek. Hubungan dengan Allah juga semakin menjarak. Bukankah itu sifat2 mazmumah yang dibenci Allah ?

Dah usaha semaksimum mungkin, tapi Allah tetap tak bagi ?
Allah tak bagi kat kita bukan bermakna Allah kejam terhadap hambaNya. Malah Allah sebenarnya sayang sangat pada kita. Allah taknak kita semakin lalai, leka dan seterusnya lupa terus pada Allah. Dia nak kita sentiasa mengadu dan ingat  padaNya setiap detik. Dia rindukan hambaNya yang selalu merintih memohon pertolonganNya di sepertiga malam.

Mungkin juga ini teguran dariNya untuk menyedarkan kita daripada kesilapan yang pernah dilakukan di luar sedar. Sentiasa cuba untuk baiki hubungan dengan Allah.

 Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya. Masih sempat untuk berjuang dan bermujahadah. Gunakan kesempatan yang ada untuk terus majukan diri. Pandang kegagalan tu sebagai satu perkara yang positif. In sha allah. Kita akan semakin menemui hikmah yang tersembunyi.

KITA MUSLIM CEMERLANG !


p/s : all the best untuk adik2 yg tengah tunggu result PMR tak lama lagi. redha dan tawakal setelah usaha semaksima mungkin :)