Monday 28 October 2013

kematian itu pasti

bismillahirrahmanirrahim....

hidup ni tak lepas dari ujian. semua orang akan diuji tuhan. baik kehidupan mahupun kematian, kedua-duanya ujian bagi kita sebagai hambaNya.

semua orang akan merasai kehilangan. kehilangan orang tersayang. yang selalu di sisi, di hati dan menemani jiwa setiap masa. namun, sampai satu masa, Allah ambil dia dari kita. kita akan rasa satu dentuman halilintar yang kuat telah memanahi kita tika itu. sakit.


kehilangan orang tersayang seperti ibu bapa, suami, isteri, adik-beradik antara ujian yang paling menguji hati insan. setabah mana kita hadapi ujian ini ? kita yang menentukannya.

ketika menghadapi ujian sebegini, sifat reda dan sabar penting untuk menjadi penguat diri dengan menyedari hakikat sebenar segala apa yang kita miliki di dunia ini bersifat sementara dan tidak kekal termasuklah nyawa. nyawa hanyalah pinjaman Allah kepada manusia semata. barang yang dipinjam perlu dipulang semula apabila tiba masanya. itulah hakikat kehidupan manusia.


memang bukan mudah untuk menghadapi semua ni. tambah pulak perpisahan dengan orang tersayang. peristiwa ini berlaku sekelip mata. mustahil dalam masa yang singkat keadaan pulih seperti dahulu. memang sedih. rindu.
 tapi kita kena ingat, perpisahan yang berlaku ni bukanlah bermaksud berpisah selama-lamanya. tapi sebenarnya perpisahan ini bersifat sementara. kita semua akan dikumpulkan dan dipertemukan balik di akhirat kelak tapi ada syaratnya. syaratnya perlu mendapat keredaan Allah S.W.T.dahulu. dengan keredaan yang diperoleh, bi iznillah kita akan berjumpa kembali di sana dan ditempatkan di dalam syurga yang kekal abadi.


ambil ibrah dari kisah Rasulullah. Rasulullah telah menghadapi kematian secara berturut-turut bahkan sejak di alam rahim lagi di mana ayahnya Abdullah telah meninggal. enam tahun selepas baginda dilahirkan, ibunya Aminah pula dijemput Illahi. maka tinggallah Nabi Muhammad yang masih bersama datuknya. namun, tidak lama selepas itu, datuknya Abdul Mutalib pula meninggal dunia dalam keadaan nabi masih dahagakan kasih sayang. nabi dipelihara oleh bapa saudaranya, Abu Talib selepas itu. ketika keislaman masih didambakan, Rasulullah ditinggalkan lagi. 

namun Rasulullah reda dengan pemergian insan-insan yang disayanginya kerana baginda mengetahui betapa besarnya  nilai ganjaran bagi orang yang bersabar dan betapa sayangnya Allah pada baginda. kesabaran yang dimaksudkan dalam situasi ini bukanlah tanpa rasa kesedihan atau air mata. Nabi Muhammad s.a.w juga menangis ketika pemergian kedua-dua putera baginda.

tapi, kalau rindu sangat dengan arwah, apa perlu kita buat ?
sebenarnya, kenangan dengan mereka itulah kekuatan yang membuatkan kita mampu untuk terus berdoa kpd arwah, sebab dia pernah ada dalam rangka masa kehidupan kita. jadi jangan putus berdoa.
paling penting, kita kena ingat dan sedar, dia pergi menghadap tuhannya, tuhan kita jugak. yang kita akan temui. cumanya, masa kita belum tiba. lepas tu, kalau boleh sibukkan diri dan jangan duduk sorg2. cuba bercampur dengan orang. jangan terus bersifat murung. pastinya dia tak mahu kita sedih, kesian rohnya di sana. kesihatan kita juga perlu dijaga. yang terbaik buat masa ini ialah dekatkan diri kepadaNya. banyakkan berdoa semoga rohnya tenang, diampunkan segala dosa-dosanya  dan ditempatkan bersama orang beriman hendaknya. in sha Allah.. amin...

menulis, bercakap kat sini memang mudah. tapi nak buat sangatla payah. tapi kalau tak gerak, tak buat, macam mana semua benda nak jadi baik dan pulih kan ? jadi kena kuat. bangkit dengan semangat baru.. pandang ke depan dengan perasaan yang penuh dengan keredaan. yang pergi dah pun pergi, kita yang hidup entah bila masanya. jadi sentiasalah berusaha untuk tingkatkan ibadah dan mantapkan iman.

KEHIDUPAN TIDAK PASTI, TAPI KEMATIAN ITU PASTI.
TAK CEPAT ATAU LEWAT WALAU SESAAT.
 ITU JANJI ALLAH. 




REDA, REDA, REDA.

SEMOGA KUAT SAHABAT !
UHIBBUKI FILLAH <3

###Allah bagi ujian ini tanda Allah sayang kita, supaya iman meningkat, menghapus dosa dan lebih ingat dan dekat dengan Dia. sebab Allah tahu kita mampu untuk tanggung ujian ni, jadi kita insan yang terpilih. kita boleh ! semoga diri kita kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. jadikan diri kita di dunia ini sebagai anak yang mampu untuk bagi pahala yang berterusan untuk arwah di sana. Al-fatihah...






No comments:

Post a Comment