Thursday 19 December 2013

istidraj

bismillah..

Ternampak satu cerita baru kat tv. Tajuknya “Istidraj Cinta”. Aku tertarik dengan perkataan ‘istidraj’ tu sendiri.

Masa kat sekolah dulu, pernah belajaq sikit pasai ‘isitidraj’ ni. Dan sebenaqnya, istidraj ni ada ja yang berlaku sekeliling kita.

“dia tak solat pun, tapi dapat straight A, kaya, hidup senang lenang  pulak tu.”

“Islam ni agama yang benar. Tapi kenapa aku tgk non-muslim lagi berjaya, sedangkan kita org islam ni makin terhimpit.”

Sejujurnya, tu antara soalan2 yang pernah muncul dalam kepala aku suatu ketika dahulu. masa zaman jahiliyah dolu2 

Ada orang dalam hidupnya diuji dengan nikmat. Kejayaan datang bergolek, rezeki melimpah ruah, hidup goyang kaki je. Tapi makin jauh dari Allah. Yang disuruh tak buat, yang dilarang pulak seronok jadikan amalan. Senang cerita, tak perlu nak susah payah pun nak dapat sesuatu yang dia nak.

Itulah istidraj !

Istidraj ialah pemberian dan nikmat Allah kepada hambaNya semata-mata untuk menyesatkan hambaNya itu di mana pemberian tersebut tidak mendapat keredhaan dari Allah.

Kenapa Allah bagi jugak nikmat tu kalau tak redha ?
Sebab inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Masyarakat hari ini tak sama dengan masyarakat pada zaman dahulu. masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling mereka. tidak seperti masyarakat dahulu yang memandang jauh ke depan. Orang dahulu tak belajar tinggi sampai universiti pun. Tapi kita harini cerdik. Ada degree, master, phD. Belajar sampai ke menara gading, siap merantau ke tempat orang lagi. Tapi masih kurang bijak.

Apa yang boleh kita lihat harini, orang yang berkuasa menggunakan pangkat dan harta mereka untuk menindas orang lain kerana mereka tidak tahu untuk menilai dan menggunakan nikmat yang Allah berikan. Orang bawahan dizalimi kerana mereka fikir mereka sudah cukup berkuasa dengan apa yang mereka ada.

Ramai antara mereka harini menganggap dengan pangkat, harta dan kejayaan yang dikurniakan Allah itu adalah kerana Allah sayang kepada mereka. Walhal mereka sebenarnya sedang diuji dengan dengan segala nikmat pemberian tersebut. Mereka sedang keliru dan masih tidak faham yang nikmat tersebut yang akan memusnahkan hidup mereka suatu ketika nanti. Sudah diberi pelbagai kesenangan tapi masih lagi tak mahu mendekati Allah. Makin gemar melakukan maksiat dan seolah-olah tak kenal lagi erti dosa.

Sifat sombong dan angkuh meraja dalam diri mereka apabila mendapat segala kemewahan dan kejayaan tu. Maka akan timbul rasa mahu menentang kuasa Allah kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup berkuasa sedangkan mereka telah diistidrajkan ketika itu. Mereka sudah lupa daratan. Golongan seperti ini akan dibinasakan oleh Allah dengan pelbagai cara dan mati.

Banyak pemimpin yang dilaknat Allah kerana keangkuhan mereka atas nikmat yang dikurniakan.

Firaun, dengan sombongnya mengaku dirinya Tuhan. Dia tak pernah sakit hinggakan bersin pun tak pernah. Betapa Allah bagi nikmat sihat pada Firaun. Jangan ingat kita ni sihat, Allah sayang kat kita. Orang lain dah banyak yang mati, tapi Firaun masih tak mati-mati. Dia terus hidup dengan angkuh, sombong dan takabur. Dia melawan Allah SWT. Akhirnya dia dibinasakan dengan nikmat tersebut.

Namrud begitu kuat menyembah berhala dan sombong dengan Allah hingga mahu membakar Nabi Ibrahim.  Oleh kerana terlalu berkuasa, Namrud akan menjadi marah apabila ada yang mahu menentangnya. Sehinggakan dia berani untuk melawan Penciptanya. Akhirnya Allah binasakan Namrud hanya dengan seekor nyamuk yang memasuki hidungnya.

Qarun. Tidak ada sesiapa hari ini mempunyai harta sebanyak Qarun. Hartanya terlalu banyak hinggakan kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Tu baru kunci gudang, tak masuk harta dia lagi. Begitu kayanya dia. Walaupun kaya, Qarun tak pernah sujud dan bersyukur pada Allah. Dia masih mahu melawan. Akibat kesombongannya, Allah telah menenggelamkan Qarun bersama harta-hartanya.

Na’uzubillah..
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.



Tapi bukan bermakna semua orang yang kaya, hidup mewah, berjaya dan sihat tu telah diistidrajkan. Tidak. Orang yang dikurniakan nikmat kemudian dia mengabdikan diri untuk mencari keredhaan Allah, bersyukur, membuat kebajikan serta mendekatkan jiwa dengan Penciptanya maka orang seperti ini tidak diistidrajkan.




Mengapa ?
Kerana mereka tahu target hidup mereka. kita perlu jelas dengan target hidup. hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Barulah selamat. Apabila kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, in sha Allah, selamat dunia wal akhiroh :)

Peringatan bersama.









No comments:

Post a Comment