Sunday 19 October 2014

perjalanan sudah bermula

Berhabuk tebal blog aku nih. Dah lama tak update. Agak kesuntukan masa semenjak berada di tempat baru ni. Taktau la kenapa petang ni tiba-tiba rajin pulak aku menghadap laptop dan rasa nak update blog. Layankan je laa..

Tempat baru. Suasana baru. Ya. Mungkin agak janggal untuk aku menyesuaikan diri di tempat ini pada mulanya. Keluasan kampus yang sangat berbeza luasnya jika hendak dibandingkan dengan pusat asasi dahulu. Kedudukan mahallah (asrama) yang agak jauh dengan kelas. Ditambahnya dengan bilangan ‘foreigner’ yang ramai membuatkan aku rasa yang aku betul-betul berada di satu tempat yang baru dan asing.

Tetapi aku mesti cuba untuk selesakan diri aku di sini. Di sinilah tempatnya untuk aku menceduk segala ilmu yang aku dahagakan selama ini di samping memikul amanah dari kedua ibu bapa tercinta. Di sini bermulanya sebuah perjalanan hidup yang bakal aku lalui pada masa hadapan.

Sebaik sahaja melangkah ke tempat ini, aku sedar inilah dunia yang perlu aku tempuhi. aku bukan lagi kanak-kanak kecil tapi seorang remaja yang meningkat dewasa. Pemikiran harus matang, intelektual dan kritis. Aku akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia yang terdiri daripada latar belakang, sifat dan tingkah laku yang berbeza. Aku perlu lebih berdikari tanpa megharapkan semua perkara akan disuap masuk ke dalam mulut dengan mudah.

Kehidupan untuk menjadi seorang dewasa sudah bermula. Aku berharap setiap liku yang bakal aku hadapi dalam hidup ini mampu untuk aku tempuhi dalam keadaan yang bersedia.  Hidup tanpa cabaran dan ujian maka tidak ada apa yang akan kita pelajari. Kita tak akan kenal apa erti kesusahan. Jadi aku cuba untuk belapang dada dengan setiap cubaan. Menggali hikmah di sebalik ujian yang diberikan. Bersangka baik dengan Allah.

Mudah-mudahan sahaja apa yang aku impikan selama ini akan tercapai dan telaksana. Menjadi manusia yang bermanfaat kepada orang lain, menjadi siswi yang cemerlang bukan sahaja dari aspek akademik malah akhlak dan peribadi juga harus mantop. Mampu menjadi anak solehah harapan ibu bapa dan kakak yang menjadi teladan untuk adik-adik. Mampu menjadi khalifah yang taat pada Penciptanya dan daie yang tidak mudah lelah dengan ujian dunia.

Misi mengejar cita dan impian.

Wednesday 23 July 2014

aiii, marah ke ??

Sometimes, bila tengah marah, ada yang pilih untuk berdiam. bahasa omputihnye "silent protest". Bukan sebab ada dendam, tapi nak lawan marah tu sebenarnya. Cuma memilih untuk tak bercakap.

Tapi laa kan.. antara marah diam dengan marah bercakap ni, marah diam lagi sakit sebenarnya.. sebenarnya laa..



Sebab bila marah bercakap,maybe bila kita tanya, dia akan buat acuh tak acuh, nak taknak je jawab. Kalau tak pun dia balas tapi nada tinggi.  dia akan hambur semua apa yang dia rasa tak puas hati kat kita. Pedih memang pedih. Tapi, yang pastinya, kita jelas kat mana salah yang kita dah buat sampai dia tak puas hati sangat tu.. sebenaqnya dia nak habaq yang dia tengah marah la tu. Tu ja..

Tapi kalau marah jenis tak bercakap, diam seribu bahasa ni pulak, dia akan lebih banyak menimbulkan tanda tanya kat kepala kita. Orang jenis ni lagi bahaya. Kita tak tahu apa masalah dia dengan kita sampai tak nak bercakap. Bila ditanya senyap je. Kalau respon pun, angguk2 geleng2 je. Runsing kot dengan orang macam ni. Kalau tak nak bercakap, tulislah nota ke apa ke. At least tahu la jugak kat mana yang silap.

Pernah terbaca satu frasa English. “SILENCE IS THE MOST POWERFUL ACT

Memang betul la. Cuba bayangkan, roommate sendiri buat macam tu. Terseksa kot kalau hari2 bertemu muka, tapi sunyi sepi. Takdak suara. Dah la sebilik. Nak lari ke mana. Nampak je relax macam takdak reaction, dalam hati menjerit2 tanya “kenapa, kenapa dan kenapa hang diam. Aku salah kat mana?”
Dua2 jenis marah ni memang sakit. Tapi cara sakit dia lain. Lain SANGAT ! Marah jenis diam ni lagi pedih baqhangg walaupun sebenarnya diam tu jugak cara yang terbaik. Tapi kalau terus diam, bila masalah nak selesai ?

Tak jadi salah dan bukan satu kesilapan pun kalau nak diam masa tengah marah, tapi, tapi, tapi.. bagitau laa apa yang salah. Tak payah buat silent protest. bukan semua orang boleh paham. Jangan bagi orang rasa serba salah boleh ? tak rasa bersalah ke buat orang serba salah atas salah yang taktau kat mana salahnya ?

p/s  jadi manusia ni tak perlu nak marah marah terus kerana marah itu punca kepada kerasnya hati. Suka hati keras ??

istighfar


Udah2 le..  *OFFLINE, TUTUP LAPTOP*

Thursday 15 May 2014

selamat tinggal CFS

10 Mei 2014
Last paper untuk core subject ! habis je subject ni, aku dah boleh kata yang aku 60% merdeka.  Haha. Padahal ada lagi satu subject 12hb ni.
Imtihan nihaei bakal berakhir. Mahallah dah semakin lengang. Ramai yang sudah beransur meninggalkan bumi CFS. Aku dan rakan2 masih di sini, meneruskan perjuangan kami yang masih berbaki.
Perasaan bercampur baur. Excited nak balik, seronok nak habis exam, sedih nak berpisah dengan kawan2, gembira dah tamat asasi, tak percaya pun ada jugak, sebabnya macam kejap je, dah habis 2 tahun aku kat situ.
Tepu dah otak ni terima maklumat. aku rehat dulu. Aku selak langsir,dari bilik, aku nampak ada banyak kereta kat parking lot. Masing-masing bawak bagasi besar. Dah ada yang balik. Rindu kat rumah makin membuak2. Nak study pun tak tenang, sebab hati aku dah hantar balik Penang.

bila bukak langsir je, ni lah apa yang bakal dilihat


12 Mei 2014
4.30pm. Officially, exam is over ! Alhamdulillah.. masing-masing keluar dewan dengan muka lega habis. Ada yang salam, peluk-peluk dan minta maaf. Ye la, kali ni cuti lama. Panjang umur, in sha Allah berjumpa di main campus.
Balik bilik je, excited nak packing barang2. Kali ni, boleh packing barang dengan lapang dada. Tak payah pikir ada paper exam lagi. Semua barang bakal diangkut ke rumah semula. Buku2 aku disusun ke dalam kotak. Dua kotak jugak la. Banyak rupanya buku aku. Mana taknya, 2 tahun kat CFS. Haruslah berkotak2 buku yang aku kumpul.
buku2 yang sudi berbakti

14 Mei 2014
Bersiap2 untuk pulang ke rumah. Semua barang dah ready. Tinggal nak bawak balik je lagi. Sebelum balik, aku jumpa dulu insan2 yang banyak berjasa dengan aku kat sini. Makcik guard yang selalu sangat  bagi makanan kat aku. Kakak2 yang baik, selalu motivate aku bila down. All the juniors yang rapat dengan aku. Korang dah macam adik2 kak piqah tau !
Terima kasih semua ! Terima kasih lecturers! Terima kasih roommates ! Terima kasih kawan2 ! Terima kasih CFS !


Terima kasih Ya Allah, Kau berikan kesempatan untuk aku untuk belajar 'sesuatu' di sini. 
Goodbye CFS..
Surely, I will miss this place :’(



Monday 17 March 2014

peluang masih ada

bila kita rasa kita dah mula menjauh dari Allah,
maknanya kita pernah dekat Dia.
bukan ?
lalu apakah yang menyebabkan kita semakin menjarak dengan Tuhan ?
tiada yang lain kecuali dosa-dosa dan kezaliman pada diri sendiri.

tika itu,
kaki dah mula longlai,
perjalanan seakan jauh sekali,
semangat kian pudar,
amalan tak lagi kencang,
kelalaian mula menguasai,
majlis ilmu kian ditinggalkan.
dan diri semakin lemah !

"Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa"

see!
walaupun kita makin menjauh dengan Dia, Allah suruh kita cepat2 mohon keampunan dariNya.
ditawarkan lagi syurga yang nikmatnya tak terbayang dek akal.
dan dijanjikan dengan darjat takwa.
kita tak endahkan Dia, tapi Dia offer kita macam-macam.

maka siapa dan bagaimana untuk menjadi orang bertakwa yang dijanjikan syurga??

"Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik "

"Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). " 

dan ada lagi...

"Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. "

subhanallah !
kecantikannya tak mampu dibayangkan oleh manusia.
syurga itu bukan saja indah, segala kemahuan kita pasti saja depenuhi.
bahkan, kita kekal di sana selamanya.

masih taknak kembali dekat pada Allah ?
masih terasa jauh ?

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

carilah di mana tempat Dia di hati kita.
waktu masih ada,

pintu taubat sentiasa terbuka buat si pendosa.
maka berusahalah kembali padaNya sebelum ajal tiba.

*ali-imran: 133-139*



Thursday 6 March 2014

ubah lelah jadi lillah

bismillahirrahmanirrahim..

suatu hari tu macam biasa, bila jarum jam tepat menunjukkan 11.30 malam, aku mula on laptop aku yang memang aku letakkan atas katil. senang nak capai. hehe.. kalau bukak laptop tu buat apa lagi, tipula kalau tak online :D
sambil2 tu buat la kerja2 aku yang tak setel2 lagi sekian lama tu..

hari tu aku penat sangat. sangat. penat mental dan fizikal. cacamarba (baca: campur aduk) fikiran aku malam tu. kelas straight dari pagi sampai 5ptg. gap antara kelas aku kena ulang alik setelkan proposal, book venue and jumpa madam. 3 program berturut2 untuk 2 society yang berbeza. tak sempat nak rehat pun. malamnya aku study. walau macam mana sibuk pun aku dalam satu hari tu, aku akan pastikan masa paling sat aku study ialah 30 minit.

dah bukak buku dan study sikit, aku pun online. kat twitter, aku sembang dengan sorang kawan. i call her yaya and she calls me salwa.. hehe.. she's such an understanding friend of mine. aku bagitau dia yang aku penat sangat, jarang aku rasa macam ni, tak tahan rasa macam nak menangis.dia terus bagi aku kata2 semangat. rasa macam nak pi sembang dengan dia time tu jugak. sebab dah malam sangat dan mahallah kami jauh, so di twitter ja la kami bersembang. dah rasa ok sikit, aku pun offline, tutup laptop. penat kan, so nak tidoq awal la..

tiba2 instrumen lagu 'sebuah pertemuan' berkumandang.
ah! mesej masuk lagiiii.... nak bukak mesej tu pun aku dah malas. tapi taktau kenapa aku bukak jugak.

tertera nama "syahirah yaya" sebaik sahaja aku bukak inbox mesej kat nset aku. dan terus aku bukak mesej tu dan baca dalam keadaan yang malas..


tiga kali aku ulang baca mesej yang dihantar. memang terjentik hidung aku dengan isi mesej tu. tepat dengan kondisi aku. aku capai Quran atas rak. bukak surah al hajj dan terus cari ayat 78 tu.. subhanallah,, ayat Quran memang indah. semua jawapan dah ada dalam naskhah tu. cuma kita ja yang tak abih baca pesanan2 yang Allah dah tinggalkan untuk hambaNya.

mulai dari tu, bila rasa penat atau letih mula menggedik2 dengan aku, aku akan ingat ayat ni. alhamdulillah, this ayah inspired me a lot. ada lagi satu ayat Quran yang aku suka. surah Muhammad ayat 7 mafhumnya :

Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu."

sering jugak aku ingatkan diri aku supaya kuat. kekuatan tu datangnya dari Dia. jadi jangan pernah berhenti memohon supaya terus kuat dan tabah. kalau Allah tak bagi kekuatan ni, entah2 nak senyum pun tak mampu. nak berdiri, nak berjalan pun tak larat. hah, acano nak buat kerja kalau dah tak mampu serba serbi ?

Allah baru jentik sikit ja. dah futur. 
ujian Allah tu berhikmah. 
letakkan kepercayaan pada Allah, husnuzon denganNya. 
kita tau kan , ujian Allah tu tandanya Dia sayang kita :) 
jom sama2 cungkil hikmah..

moh tajdid niat. kerjakan sesuatu perkara ikhlas kerana Allah. kalau tak sia-sia la segala amalan kita.


buat yang penat, semoga KUAT.
buat yang kuat, semoga terus BERTAHAN
kun QOWIYAN !!


TO YAYA:
tq so much my dear.. Allah hadirkan aku seorang sahabat yang solehah, baik dan memahami dalam hidup ni. susah dan senang you'll always by my side. such an amazing friend i have. semoga thabat dalam medan dakwah ini. aku salah, tegur ja. sentiasa dambakan teguran dari dirimu yang bernama sahabat. sayang yaya !!!!


Tuesday 7 January 2014

buta di dunia, celik di syurga

Istidraj cinta lagi kali ni…hehe


Satu labah2 suka panjat perigi
bila hujan turun labah cepat lari
terbit matahari air tiada lagi
labah pun panjat sekali lagi.

Siti menyanyi2 lagu ini berselang seli dengan ibunya. Sambil itu, tangan ibunya ligat mencucuk benang pada baju Siti yang sudah koyak dan lusuh tetapi masih dipakainya.

Habis sahaja mereka menyanyikan lagu tersebut, ibunya memeluk erat tubuh Siti yang agak kurus. Dicium dahi anak sulungnya itu penuh kasih dan cinta. Tumpah segala kasih sayang pada anugerah  istimewa yang hadir dalam hidupnya.

“Ibu, kenapa Siti buta ? knapa Siti tak macam adik dan orang lain?”

“Sbb Allah sayangkan Siti”

“Sayang ? kalau sayang, kenapa Allah tak bagi Siti celik macam ibu dengan adik ?”

“Kalau Siti celik macam adik, macam ibu, susah nak masuk syurga. Jadi, pasal Allah sayangkan Siti, Dia jadikan Siti buta. Supaya senang masuk syurga. Senang untuk Siti masuk syurga sayang.”

Si ibu menjawab dengan penuh sabar. Dicium lagi ubun-ubun anaknya itu. Ada esakan halus yang cuba disembunyikan ibunya. Air matanya mengalir juga walaupun cuba untuk ditahan.

“Nanti dalam syurga, tak payah la ibu jahit baju Siti yang koyak lagi kan ?”

“Dalam syurga, Siti mintak apa saja, Siti mesti dapat. Dan Siti tak buta dalam syurga, nak.”

“Cukuplah Siti ada ibu dengan adik.”

“Ibu sayang Siti.”

Siti terjaga dari tidurnya. Barangkali Siti terlalu rindukan arwah ibu hinggakan terbawa ke dalam mimpinya.

**********************************************
Ok,
moral of the scene.
Setiap kejadian Allah itu indah dan wajib ke atas kita untuk menghargai pemberian dan nikmatNya. Alhamdulillah a’la kulli ni’mah.
Mata. Salah satu kurniaan yang tidak ternilai. Kalau rumah kita blackout pun dah susah nak berjalan kan. Sebabnya takdak cahaya yang boleh menerangi laluan kita waktu tu. Itulah perasaan orang yang cacat penglihatan. Dunia mereka gelap tanpa cahaya. Mereka tak dapat melihat keindahan ciptaan Allah di atas muka bumi ini. Tapi depa ni istimewa. Sebab depa dapat melihat dengan mata hati J
buta di dunia, celik di syurga.


Gunalah sepasang mata yang Allah pinjamkan kat kita untuk beberapa detik di dunia ni untuk perkara2 yang baik. Jaga pandangan daripada memandang perkara yang haram kerana dari mata turun ke hati. Memandang perkara yang haram boleh membawa kepada kerosakan hati dan seterusnya membentuk akhlak yang buruk. Jadi jom jaga mata dan lihatlah perkara yang boleh mendatangkan pahala.

4 perkara apabila dipandang mendapat pahala

1.       Wajah ibu bapa

2.       Al-quran
3.       Lautan
4.       Kaabah


Wallahua’lam..


Thursday 19 December 2013

istidraj

bismillah..

Ternampak satu cerita baru kat tv. Tajuknya “Istidraj Cinta”. Aku tertarik dengan perkataan ‘istidraj’ tu sendiri.

Masa kat sekolah dulu, pernah belajaq sikit pasai ‘isitidraj’ ni. Dan sebenaqnya, istidraj ni ada ja yang berlaku sekeliling kita.

“dia tak solat pun, tapi dapat straight A, kaya, hidup senang lenang  pulak tu.”

“Islam ni agama yang benar. Tapi kenapa aku tgk non-muslim lagi berjaya, sedangkan kita org islam ni makin terhimpit.”

Sejujurnya, tu antara soalan2 yang pernah muncul dalam kepala aku suatu ketika dahulu. masa zaman jahiliyah dolu2 

Ada orang dalam hidupnya diuji dengan nikmat. Kejayaan datang bergolek, rezeki melimpah ruah, hidup goyang kaki je. Tapi makin jauh dari Allah. Yang disuruh tak buat, yang dilarang pulak seronok jadikan amalan. Senang cerita, tak perlu nak susah payah pun nak dapat sesuatu yang dia nak.

Itulah istidraj !

Istidraj ialah pemberian dan nikmat Allah kepada hambaNya semata-mata untuk menyesatkan hambaNya itu di mana pemberian tersebut tidak mendapat keredhaan dari Allah.

Kenapa Allah bagi jugak nikmat tu kalau tak redha ?
Sebab inilah satu kaedah Allah SWT berurusan dengan manusia yang tidak tahu bersyukur dan ingkar dengan perintahnya. Pelbagai nikmat telah diberikan tetapi manusia tidak beriman dan bersyukur sebaliknya menjadi betambah angkuh, sombong, bongkak , takabur dan kafir terhadap Allah SWT. Dalam hal ini tidak hairanlah jika Allah SWT beri tetapi tidak meredhainya.

Masyarakat hari ini tak sama dengan masyarakat pada zaman dahulu. masyarakat sekarang mudah terpengaruh dengan apa yang ada di sekeliling mereka. tidak seperti masyarakat dahulu yang memandang jauh ke depan. Orang dahulu tak belajar tinggi sampai universiti pun. Tapi kita harini cerdik. Ada degree, master, phD. Belajar sampai ke menara gading, siap merantau ke tempat orang lagi. Tapi masih kurang bijak.

Apa yang boleh kita lihat harini, orang yang berkuasa menggunakan pangkat dan harta mereka untuk menindas orang lain kerana mereka tidak tahu untuk menilai dan menggunakan nikmat yang Allah berikan. Orang bawahan dizalimi kerana mereka fikir mereka sudah cukup berkuasa dengan apa yang mereka ada.

Ramai antara mereka harini menganggap dengan pangkat, harta dan kejayaan yang dikurniakan Allah itu adalah kerana Allah sayang kepada mereka. Walhal mereka sebenarnya sedang diuji dengan dengan segala nikmat pemberian tersebut. Mereka sedang keliru dan masih tidak faham yang nikmat tersebut yang akan memusnahkan hidup mereka suatu ketika nanti. Sudah diberi pelbagai kesenangan tapi masih lagi tak mahu mendekati Allah. Makin gemar melakukan maksiat dan seolah-olah tak kenal lagi erti dosa.

Sifat sombong dan angkuh meraja dalam diri mereka apabila mendapat segala kemewahan dan kejayaan tu. Maka akan timbul rasa mahu menentang kuasa Allah kerana mereka merasakan diri mereka sudah cukup berkuasa sedangkan mereka telah diistidrajkan ketika itu. Mereka sudah lupa daratan. Golongan seperti ini akan dibinasakan oleh Allah dengan pelbagai cara dan mati.

Banyak pemimpin yang dilaknat Allah kerana keangkuhan mereka atas nikmat yang dikurniakan.

Firaun, dengan sombongnya mengaku dirinya Tuhan. Dia tak pernah sakit hinggakan bersin pun tak pernah. Betapa Allah bagi nikmat sihat pada Firaun. Jangan ingat kita ni sihat, Allah sayang kat kita. Orang lain dah banyak yang mati, tapi Firaun masih tak mati-mati. Dia terus hidup dengan angkuh, sombong dan takabur. Dia melawan Allah SWT. Akhirnya dia dibinasakan dengan nikmat tersebut.

Namrud begitu kuat menyembah berhala dan sombong dengan Allah hingga mahu membakar Nabi Ibrahim.  Oleh kerana terlalu berkuasa, Namrud akan menjadi marah apabila ada yang mahu menentangnya. Sehinggakan dia berani untuk melawan Penciptanya. Akhirnya Allah binasakan Namrud hanya dengan seekor nyamuk yang memasuki hidungnya.

Qarun. Tidak ada sesiapa hari ini mempunyai harta sebanyak Qarun. Hartanya terlalu banyak hinggakan kunci gudangnya perlu dibawa oleh 40 ekor unta. Tu baru kunci gudang, tak masuk harta dia lagi. Begitu kayanya dia. Walaupun kaya, Qarun tak pernah sujud dan bersyukur pada Allah. Dia masih mahu melawan. Akibat kesombongannya, Allah telah menenggelamkan Qarun bersama harta-hartanya.

Na’uzubillah..
moga kita dijauhkan dari perkara-perkara tersebut.



Tapi bukan bermakna semua orang yang kaya, hidup mewah, berjaya dan sihat tu telah diistidrajkan. Tidak. Orang yang dikurniakan nikmat kemudian dia mengabdikan diri untuk mencari keredhaan Allah, bersyukur, membuat kebajikan serta mendekatkan jiwa dengan Penciptanya maka orang seperti ini tidak diistidrajkan.




Mengapa ?
Kerana mereka tahu target hidup mereka. kita perlu jelas dengan target hidup. hidup ini adalah untuk mencari keredhaan Allah. Barulah selamat. Apabila kita hidup untuk mencari keredhaan Allah, in sha Allah, selamat dunia wal akhiroh :)

Peringatan bersama.