Tuesday 26 February 2013

erti pengalaman

bismillahirrahmanirrahim...

semester ni betul-betul mencabar buat aku. dari awal semester ni aku masuk, sampai la sekarang, tak dinafikan aku agak sibuk. nak kata jadual pack, tak jugak. sem ni aku cuma ambik 3 subjek ja. arab, computer dengan religion in malaysia. kadang-kadang aku sendiri tak tau aku sibuk dengan apa.

see!! boleh dikatakan banyak masa free, especially waktu petang..
and hari rabu,, cuma ada satu kelas ja.. hmm

mungkin jugak sem ni aku dah mula berjinak-jinak untuk join society yang tu yang ni kot. peranan dalam mahallah sendiri tak aku lupakan. walaupun jawatan tak seberapa, tapi bila dah join satu society atau group, aku dapat tengok betapa susahnya nak merangka program, nak cari sponsor, buat paperwork, mintak approval.. ah! macam-macam lagi la. selama ni, aku hanya join ja program-program yang dianjurkan tanpa mengetahui mehnah yang mereka lalui untuk jayakan program tu. tapi bila dah join dan ada tugas masing-masing, itu amanah yang perlu dilaksanakan sebaik mungkin. hasilnya, program yang diadakan berjalan dengan lancar dan diharap mendapat keberkatan di sisi Allah.. aminn...

masa awal-awal sem dulu, aku seronok sangat tengok schedule aku yang free tu. kalau nak tambah lagi satu subjek pun boleh lagi. cuma aku takut tak mampu bawak. jadi memadai lah dengan 3 subjek ni kot. tu pun aku masih berada di tahap dzonn, belum lagi HAQQUL YAQIN ! waktu yang free takdak kelas tu sebenarnya tak bagi peluang pun untuk aku untuk relax goyang kaki dalam bilik, tapi waktu-waktu ni la jugak aku gunakan untuk selesaikan tugas aku yang tak habis lagi. pusing satu CFS sana sini untuk clearkan apa yang masih tak siap. baru aku dapat rasa penatnya mendaki anak-anak tangga dalam kampus ni. bukan sikit! orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. jap!! luas pemandangan ka pengalaman?? ah! mana-manalah.. tapi betul la, dah pusing satu CFS, memang macam-macam pemandangan dapat aku tengok.. hmmm

EXPERIENCE IS THE BEST TEACHER

sifat sabar sangat penting bagi aku kalau kita berada dalam satu kumpulan. macam-macam dugaan yang akan kita dapat. cubaan demi cubaan akan mematangkan pemikiran. rambut sama hitam, hati lain-lain. ada orang yang tak sebulu dengan kita, jadi kena ada persefahaman. kita takkan kenal orang tu selagi kita tak kerjasama dengan dia. lagi satu, bila bergerak dalam team, tak boleh la nak pentingkan diri. divided we'll fall united we stand.. macam biasa dengar pulak ayat ni, hehehe...

apa apa pun, aku harap segala aktiviti luar yang aku join tak menganggu study aku yang menjadi suatu kewajipan dalam usaha menuntut ilmu. setiap pengalaman baru yang aku dapat, in sha allah akan aku cuba untuk manfaatkan sebaiknya. kelemahan-kelamahan yang ada dalam diri ini akan aku cuba untuk baiki. semoga Allah meredai segala apa yang aku kerjakan.. amin

Thursday 7 February 2013

mindset

bismillahirrahmanirrahim...

akal mengawal emosi. kalau kita fikir nak marah orang ja, memang hot je la setiap masa. apa yang dibuat serba serbi tak kena. orang yang selalu fikirkan keresahan, maka tak tenanglah hidupnya. dan kalau orang yang sentiasa fikirkan kasih sayang, semua kerja akan dibuat dengan rasa senang hati. 

ITULAH MINDSET !!

selalu dah kita dengar pasal benda ni. dalam program motivasi masa sekolah dulu-dulu memang benda ni wajib disebut. cikgu kata "kalau kamu asyik pikir yang subjek ni susah, memang susahlah jadinya. cuba belajar dengan rasa tenang, mesti kamu enjoy nak belajar"


semua tu datang dari kepala kita sendiri. apa yang datang dari kepala pulak asalnya dari hati. apa yang ada di hati, itulah yang sampai di kepala dan secara automatiknya perkara yang ada dalam kepala tadi akan direalitikan secara zahirnya. apa yang cuba direalitikan oleh diri, itulah sebenarnya diri kita. kalau selalu naik angin, memang orang akan cop yang kita ni panas baran la jawabnya. kalau yang jenis cool dalam semua hal tu, mungkin lebih baik. orang lain akan rasa lebih selesa untuk berhubung dengan kita. tapi cool jugak perlu bertempat. kalau kena buli sampai lembik pun nak cool lagi, tak keterlaluan rasanya kalau nak digelar pengecut.


kalau kita letakkan perkataan malas dalam hati, perkataan tu secara tak langsung akan menuju ke otak. dan otak akan cuba untuk menyuruh si empunya badan untuk bertindak sedemikian. kalau mulut asyik cakap "menyampah" ja, maka jadilah kita orang yang suka menyampah tak pasal-pasal.  begitu jugak dengan perkataan lain. kalau semua yang ada di kepala tu negatif, memang tak jumpa perkara yang positif ke sudah rasanya. kalau nak yang positif, harus fikirkan yang positif.


nah ! itu dia kesan mindset. mindset yang positif akan membentuk seorang insan yang positif. elakkan diri dari memikirkan perkara-perkara yang buruk. hati akan jadi tak tenang. hasilnya, makhluk sekeliling yang terkena tempiasnya. so, tajdid niat. mulakan dengan bismillah. niatkan setiap perkara yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH serta untuk mendapat redhaNya. in sha allah, amal yang biasa akan menjadi ibadah jika niat di'setting' dengan betul...     #notetoself

teruskan berdoa

bismillahirrahmanirrahim...

"aku dah penat berdoa ! hari-hari aku doa supaya ALLAH keluarkan aku daripada masalah ni, tapi, makin hari makin bertambah pulak masalah aku. aku dah fed up la dengan semua ni !!"
DOA. doa tu senjata orang mukmin. doa tu jugak salah satu cara yang menghubungkan kita dengan ALLAH.

Allah Maha Pemurah. mengadulah kat DIA kalau kita ada masalah atau rasa hati tak tenteram. in sha allah, ALLAH dengar setiap permintaan hambaNya. ya, memang betul banyak sekali cubaan dan ujian yang ALLAH turunkan. tapi kita kena ingat yang setiap ujian yang diberi tu ada hikmahnya. salah satu tanda ALLAH menyayangi hambaNYA adalah dengan cara menguji diri hamba tersebut.

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha. ALLAH tidak membebani seseorang melainkan dengan kesanggupannya. jadi, sentiasalah husnuzon dengan ALLAH. sesuatu yang kita tak suka tu mungkin perkara yang terbaik untuk diri kita. mungkin sekarang kita tak nampak. tapi mana tahu esok lusa, akan ada sinar baru dalam hidup kita.

doa, doa dan terus berdoa. jangan berputus asa. adakalanya doa yang diminta memakan masa yang lama. dan barangkali ALLAH menangguhkannya untuk masa yang sesuai. kalau bukan di dunia, akan diberikan di akhirat kelak.

antara waktu yang mustajab untuk berdoa:

-waktu satu per tiga akhir malam
-ketika berbuka puasa
-ketika sujud dalam solat

-antara azan dan iqamah
-ketika hari Arafah
-ketika selesai solat
-malam Lailatulqadar
apa yang penting kat sini ialah ikhlaskan diri dengan seikhlas-ikhlasnya ketika berdoa kepada ALLAH. doa yang ikhlas dan penuh pengharapan itu tidak akan disia-siakan..    #notetoself