Friday 14 December 2012

pertemuan dan perpisahan

bismillahirrahmanirrahim....

terdetik pulak hati ni untuk mencoretkan tajuk yang bg feel sikit kali ni,, hehe... setiap hari yang kita lalui dalam hidup ni bohong la kalau kita kata kita langsung tak jumpa atau disover something new.. mungkin dalam sehari tu, kita dapat kenalan baru dan mungkin jugak ada perpisahan yang berlaku.. tambah2 pulak kalau orang jenis yang peramah, pandai ambil hati, and kelakar pulak,and untuk spesis genius, kalau orang ni jenih tak kedekut ilmu, tu satu bonus la.. orang2 yg mcm ni mesti lagi senang nak dapat kawan. mungkin diorg ni tak perlu pun susah2 cari kawan tapi org yg nak kawan dgn diorg tu yg akan datang sendiri.. bukan sebab geleme  ka tlebih perasaan atau apa,, tapi sebab sifat yg ada dalam diri individu tu sendiri. dia ramai kawan sebab org selesa berkwan dengan dia, takdak kata2 yg menyakitkan hati,bebas daripada perbuatan yg boleh menyinggung perasaan dan yang paling penting kita boleh rasakan betapa tingginya keikhlasan dan ketulusan hati sesorang tu berkawan dengan kita... barulah ukhuwwah tu boleh terjalin dengan erat tanpa sebarang syak wasangka...

TAPI.....



andai ditakdirkan sudah tiba masanya untuk kita berpisah dan ucapkan selamat tinggal, maka redhalah dengan ketentuan yg telah ditetapkan. everything happens for a reason. so, persahabatan yang dah lama terjalin atau bagi yang baru je nak taaruf, belum selesai sesi suai kenal pun lagi, tapi dah kena bepisah, janganlah sedih sebab ALLAH MAHA ADIL. yakinlah bahawa dia telah tentukan perkara yang terbaik untuk setiap hambaNYA. perpisahan itu pasti !! jadi rasa bahagia yg berputik ketika detik awal perkenalan dulu tidak akan kekal selamanya. ya, mungkin berat hati kita untuk relakan perpisahan yg tak kita rancang nih, namun harus sentiasa disisipkan secebis nota peringatan bahawa setiap pertemuan pasti ada perpisahan. lagi indahnya ukhuwah yg terbina jika sepanjang sesi perkenalan banyak perkara bermanfaat yang dikongsi bersama, SUBHANALLAH ! saham akhirat tu semua.. bertemu dan berpisah kerana ALLAH.. ma ajmala!!


walaupun berlaku perpisahan dalam hidup ini, namun ingatlah perpisahan ini bukanlah noktah kepada ukhuwwah yang pernah dibina bersama atas dasar keikhlasan yg tulus.. ukhuwwah itu indah, lagi indah jika saling berdoa untuk mendapat redhaNYA. moga dipertemukan semula di jannah. in shaa ALLAH =)

DOA RABITAH

No comments:

Post a Comment