Saturday 15 December 2012

membazir je!

bismillahirrahmanirrahim.....

hujung2 minggu ni la peluang utk aku spend masa dengan blog.. hari2 biasa full dengan kelas and homework.. homework dengan student mana boleh dipisahkan.. so adatlah !!

alhamdulillah!! syukur atas nikmat terbesar yang dikurniakan ALLAH iaitu nikmat iman dan islam... islam agama yang mudah dan tidak membebankan.ALLAH kurniakan setiap hambaNYA dengan pelbagai nikmat.. nikmat sihat, masa, usia, makan, minum, tubuh badan, kasih sayangkeluarga. kalau nak listkan memang tak abih.. sungguh ALLAH MAHA PEMURAH.. MA ARHAMALLAH!!  tapi still ada manusia yang masih tidak sedar dengan segala nikmat yg ALLAH kurniakan dan lebih sedih apabila mereka mensia-siakan anugerah yang dikurniakan secara free pulak tu.. bernafas pun tak perlu bayar.. tapi masih ada yg tidak bersyukur.. dah tu bila rasa syukur tu timbul??? hah!! bila waktu kita susah kan?? time tu baru kita nak duduk atas sejadah minta pertolongan ALLAH.. masa senang ALLAH dilupakan walhal semua kesenangan tu DIA yang bagi.. buka mata, lapangkan hati, tepuk dada tanya iman!

disebabkan nikmat yang diberikan secara free ni, ramailah yang membazir ataupun boros.. pembaziran dari segi apa? segi tiga ka segi empat atau bersegi-segi?? memang bersegi-segi lah! kalau dalam bab makanan tu memang selalu nampak.. sedih rasanya bila tengok makanan yang masih lagi elok masuk ke dalam mulut tong sampah macam tu ja. kalau ikut nafsu makan, memang semua teringin. tapi berpada-pada la.. kalau boleh habiskan semua takdak masalah. tapi kebanyakannya tong sampah yang tolong habiskan.. sayangnya ! kita kat sini makanan banyak sangat sampai boleh sedekah kat tong sampah lagi tu, cuba ingat saudara2 kita yang kat Gaza and Syria tu, nak makan pun berebut. kalau bantuan makanan tiba, berebut-rebut diorg nak ambil makanan tuu.. macam mana kalau kita kat tempat diorg?



malangnya bukan saja dalam bab makanan kita membazir, tapi macam mana dengan usia dan masa kita? adakah kita manfaatkan sebaik mungkin? kehidupan di dunia ni singkat sangat.. ALLAH boleh ambil nyawa kita ni bila-bila masa. so, jangan ingat nak seronok ja atas muka bumi ni. bumi ni hak ALLAH. kalau kita buat kebaikan, in sha ALLAH baiklah balasannya. dekat dunia pun dah boleh nampak balasan untuk orang-orang yang berbuat kebaikan. tapi kalau kita buat maksiat?? bermaksiat tu pulak atas muka bumi ALLAH !! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK ! mana rasa malu kita sebagai hambaNYA masa tu..??


kalau ada cermin yang besar, pi berdiri depan tu dan belek la diri kita dari atas sampai la ke hujung kuku.. ALHAMDULILLAH ! cukup semua anggota badan kita kan? ada tangan, kaki, mata, telinga semua lengkap.. tak kisah la kalau kulit kita ni gelap ka cerah, muka licin atau penuh jerawat, tinggi ka pendek,, tak perlu la merungut sebab nobody is perfect ! bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. jangan tengok kelebihan orang lain, sebab kita akan sentiasa berusaha untuk jadi sepertinya dan susah untuk bersyukur. sebaliknya, lihatlah kekurangan orang sekeliling kita yang tidak cukup serba serbi, nescaya akan timbul rasa syukur kepada YANG MAHA ESA.  gunakanlah mata untuk melihat kebesaran-kebesaran ALLAH, telinga pula untuk mendengar ajaran dan nasihat yang berguna dan mata hati untuk memahami ayat-ayat ALLAH. elakkanlah dari melakukan perbuatan yang lagha, mendengar gosip-gosip panas, mengumpat.. sesungguhnya syaitan sentiasa berusaha untuk membawa manusia ke arah kelalaian.



so, cubalah sedaya upaya untuk tidak membazir. ALLAH tidak sukakan orang yang membazir, hatta dalam al-Quran pun ada disebut bahawa orang yg membazir ialah saudara syaitan. firman ALLAH " sesungguhnya orang-orang yg pemboros itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu sangat ingkar kepada tuhannya" (surah al-Isra':27)



#segala apa yang tertulis peringatan buat semua termasuk diri ini yang serba kekurangan.. sama-sama muhasabah diri supaya iman lebih mantop hendaknya =)

No comments:

Post a Comment