Friday 28 December 2012

usaha itu penting

bismillahirrahmanirrahim..

salam sakinah, mawaddah wa rahmah :)

style setiap orang belajar mungkin berbeza. masing-masing punya cara tersendiri. bagi aku, kalau dalam bab study ni, kena la ikut cara yang kita sendiri selesa. tak perlu la nak ikut orang sangat kan. lain orang lain kemampuannya. kalau kita rasa selesa belajar dalam kumpulan, silakan. kalau rasakan yang kita ni ala-ala lone ranger, tak suka ramai-ramai, bising, lebih baiklah study sendiri. 


apa yang penting ????
kerjasama !!!!
^_^

bukanlah !!!! ingat wonderpets ka?? zaman kanak-kanak dah berlalu. sila kembali ke pangkal jalan ye kalian semua, hehehe...yang penting sekali...
USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN

tak kisah la macam mana genius pun seseorang tu, tapi kalau dia tak usaha untuk belajar, buat latihan, jumpa  guru @ lecturer, tanya apa yang tak faham, tahap kepandaian tu takkan berubah. kalau 99.99% pandai dia tu, kalau tak usaha, banyak tu la jadinya sampai bila-bila.takkan jadi 100% punya la.. kurang lagi boleh kot..  kejayaan bukannya nak datang bergolek-golek depan mata. bola yang bentuk sfera tu pun tak bergolek sendiri taw kalau takdak kaki yang tendang dia. ni pulak kejayaan. mujahadah dalam menuntut ilmu !!
masa sem 1 mungkin aku banyak main sikit. banyak main sikit? macam mana tu?? takpa, abaikan.. keyword dia "main". jadi bila masuk sem 2 ni, banyak la yang nak kena cover balik. sem 2 ni luar biasa betul aura dia. semangat nak belajar tu lebih. mungkin sebab satu subjek ja, jadi aku lebih fokus. barangkali la. ustazah aku kata bahasa arab ni orang panggil bahasa matematik. math !! add math !! subjek yang paling aku taksub sekali masa sekolah dulu !! ok, back to bahasa matematik. math ni kalau kita tak praktis setiap hari, takkan boleh master punya. math dan praktis tak dapat dipisahkan. macam tu jugak arab. praktis. 


macam mana ??

ada cara dia...

bila sebut arab ja, tak semestinya buku tebal-tebal, tok guru bercakap, kita dengar, takdak komunikasi dua hala, bosan.. come on la, zaman dah maju. banyak cara yang boleh kita aplikasikan untuk pembelajaran seharian kita tak kira dalam atau luar kelas. boleh nyanyi nak bagi mudah ingat apa yang kita hafal. tengok movie pun boleh la. tapi dalam bahasa arab saje ye.. dengar radio arab online. ada ja kat internet tu. cari ja, mesti ada punya. nak dengan taknak ja.
kalau aku, aku lebih selesa dengan cara yang santai, tak stres, kepala pun tak serabut.. jadi, proses pembelajaran tu lebih menarik dan relax. tapi ada pengisian. ikut kemampuan masing-masing. tak perlu nak pulun semua dalam masa sehari. meletup jugak otak kita nanti.

satu hari 5 perkataan. tak kisah la perkataan apa pun, sehari hafal  5.. kalau istiqamah, in sha allah, mufidah jiddan !! kalau tak boleh banyak, sikit pun jadi la. janji ada jugak perkataan baru yang kita dapat dalam sehari :)


balik zaman kanak-kanak. buku warna-warni. gambar kartun. tak kisah la, janji ada benda yang dibaca setiap hari. buku-buku ni sangat membantu dalam kitabah. cara nak buat ayat, jalan cerita, mufradat.. banyak yang boleh kita dapat dari buku ni walaupun buku budak-budak kan...
terpulanglah kepada individu tu sendiri macam mana nak uruskan study dia supaya lebih terurus dan teratur. tak payah nak stres sangat. belajar  tak tensyen, hati pun senang, ilmu pun senang masuk.. walaupun kita rasa yang kita ni dah banyak berusaha, tapiii, tak berjaya lagi. mungkin kat situ ada sikit cubaan dan ujian yang ALLAH nak bagi. sebagai test yang kita ni bersyukur ke tak dengan apa yang kita dah ada selama ni. mungkin jugak ujian tu sebagai pemangkin untuk kita majukan diri kita sendiri tak kira dari segi apa pun. kalau bukan sekarang, mungkin esok, mungkin next sem, mungkin tahun depan atau mungkin bukan rezeki kat dunia. tapiiii... kejayaan di akhirat sana menanti...   #notetoself 

No comments:

Post a Comment