Thursday 27 December 2012

bosan tapi bermakna

bismillahirrahmanirrahim...

salam sakinah mawaddah wa rahmah =)

pejam celik pejam celik, kejap je.. dah nak abih short sem nih.. 7 minggu dah berlalu tapi tak sedaq pun.. alih-alih dah nak final exam dah.. sebenaqnya hati ni takut, nervous segala bagai dah sebab exam dah dekat tapiiii.. hmmmm.. dah ready ka aku nak ambik exam arab ni..?? satu-satunya subjek for this sem.. kadang-kadang tu aku rasa bosan sangat dengan rutin harian yang SAMA sepanjang short sem ni. 


ISNIN-JUMAAT
8.30PG-4.00PTG
LY 001

mana taknya, ok, bangun pagi, solat subuh, relax-relax jap, siap untuk pi kelas, belajaq sampai pukoi 1.00ptg, balik mahallah, solat zohor, pi kelas balik sampai la pukoi 4.00ptg (lagi letih kalau kena extend =.=), habis kelas, balik mahallah, makan, solat asar, sembang-sembang dengan roommates takpun riadah sikit, sampai maghrib solat, then solat isyak, buat homework yang ada, letih, tidoq....

dan bila bangun esok, still ulang dan buat benda yang sama.. kelas yang sama, tengok muka orang yang sama, buku yang sama, 
classmates yang sama,,takdak yang tak samalah, senang cerita,, semua sama... 7 minggu dengan rutin yang sama, sampai dah boleh hafal kot... tipu la kalau kata tak bosan.. sampaikan ada kawan yang cakap camni 
"piqah, kadang-kadang kan, kita rasa kita dah bosan gosok gigi"
haha.. yang ni memang dah tahap infinity.. gosok gigi pun bosan.. so, kat sini bukanla aku sorang ja yang rasa  boring dok ulang benda yang sama tiap-tiap hari, tapi still ada yang lain and depa pun rasakan benda yang sama. BOSAN !!!


tapiiiiii,, bosan-bosan ni semua untuk aktiviti harian ja ok.. untuk study, bahasa arab, langsung tak bosan.. tak tipu.. serius tak bohong.. sem 2 a.k.a short sem ni bagi aku dah banyak sangat membantu untuk improve dalam bahasa arab ni.. ingat lagi aku, first day masuk kelas waktu sem 2 ni, ustazah dah suruh tulih karangan dan baca petikan tanpa baris.. meaning that, kita yang perlu bariskan.. serius aku langgaq, hentam ja semua apa yang ustzah suruh baca tu.. nahu semua taktaw hala dah.. betapa sikitnya ilmu arab aku waktu tu..

tapi lama-lama, aku dapat rasakan kemanisan belajaq bahasa arab ni, seronok sangat bila kita betul-betul paham apa yang kita belajaq tu. rasa nak belajaq lagi, lagi dan lagi.vo
cab pun makin bertambah, ilmu nahu dan sorof dah semakin paham, i'rab kalimat pun dah boleh dah sikit-sikit walaupun tenggelam timbul lagi,,hehe.. alhamdulillah, dapat lecturer semua best. sangat concern dengan perkembangan student. ustazah akan ajaq sampai la kami betoi paham. seronok sangat belajaq sampaikan tak sedaq yang kelas dah abih.

hmmm,, semua bergantung kepada diri kita sendiri. kalau dapat le
cturer yang bagus sekalipun, kalau taknak usaha untuk bantu diri sendiri, tak jadi jugak. lecturer dah memang bagus laa,, kita ni yang dah nama pun student, tugas kita memang belajaq, cari ilmu.. jadi perlu sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu.. kadangkala yang pahit itu akan bertukar menjadi sesuatu yang manis apabila wujudnya sifat sabar dalam diri   #notetoself

No comments:

Post a Comment