Wednesday 23 January 2013

perubahan

tak pernah terbayang hidupnya bakal menghadapi perubahan sebegini. dahulunya, dia hanya seorang gadis yang 'biasa-biasa saja'. takde la nak kata terlampau liar, tapi ya, dia tahu halal haram dalam islam. baginya tu sudah memadai. menjalani kehidupan di sebuah SMKA sedikit sebanyak membuka matanya tentang kepentingan tarbiyah. semenjak itu, dia mula mengubah dirinya sedikit demi sedikit. tudungnya sudah dilabuhkan sedikit, takde lagi selempang di atas bahu. bajunya juga sudah tidak sendat seperti selalu. perlahan-lahan dia cuba untuk berubah.

namun kehidupan di bandar yang mementingkan trend dan fashion  seolah-olah mengajaknya untuk terikut-ikut dengan situasi tersebut. naluri seorang remaja yang memang sukakan kehidupan yang enjoy dan happy go lucky memaksanya untuk berjinak-jinak dengan kehidupan di kota yang sedang membangun. kalau dulu cuti hujung minggunya hanya di rumah, tapi kini mukanya sudah mula dilihat di shopping complex. padanya, tidak menjadi masalah jika sekadar berjumpa rakan-rakan di tempat tersebut, asalkan perwatakannya sebagai seorang muslimah masih dijaga dengan baik.

 mendapat tawaran di salah sebuah IPTA di ibu kota memaksanya untuk berpisah dengan rakan-rakan yang lain. benar, kehidupan di KL ni jauh bezanya dengan kampung halamannya di utara. harga barangan jauh berbeza. pembangunan di KL lebih pesat dengan adanya LRT, monorel, KTM dan banyak lagi la. kadang-kadang tu dia terasa agak 'jakun' berada di tengah-tengah ibu kota ni.

yang sebenarnya, tempat di mana dia menuntut sekarang telah banyak mengubah dirinya. bahkan tempat tu telah menyedarkannya tentang agamanya iaitu ISLAM. angan-angannya dulu untuk menyambung pelajaran dalam bidang math telah terbantut. akhirnya, kursus agama menjadi pilihan. mungkin inilah hidayah yang ALLAH berikan kepadanya supaya gandakan usaha untuk menuntut ilmu agama. dia reda bahkan sangat bersyukur dengan ketentuan yang telah diberikan.


di sinilah segalanya berubah. jika dulunya hanya tudung bawal 45' sahaja yang tersarung di kepala, tapi kini dia nampak lebih segak mengenakan tudung bidang 60. bertudung labuh bukan bermakna dia seorang ustazah ataupun bakal bergelar ustazah. ya benar, tudung labuh bukan suatu kewajipan tapi ia adalah hak untuk setiap insan yang bergelar muslimah.

ilmu bahasa arab yang dahulunya dipelajari di sekolah hanya tiket untuk lulus peperiksaan. tapi setelah berada di sini, dia menyedari akan kepentingan bahasa al-Quran itu. hanya dengan menguasai bahasa tersebut dia mampu untuk tadabbur kalam ALLAH yang hebat itu. kala itu dia  dapat merasakan betapa ruginya dia tidak bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu bahasa arab di zaman persekolahan lalu. andai saja masa dapat diputar. tapi sayang. nasi sudah menjadi bubur. hanya dengan usaha yang lebih mampu mengembalikan apa yang telah hilang suatu ketika dahulu.

bercerita akan perihal rakan-rakannya di sini,  SUBHANALLAH! majoriti insan-insan yang berada di tempat ini kaya dengan ilmu agama. timbul sedikit rasa segan dalam dirinya apabila bergaul dengan mereka. dirinya hanyalah seorang muslimah yang masih cuba untuk memperbaiki kelemahan diri. berkawan dengan orang yang mengahafal al-Quran menambahkan lagi rasa segan dalam dirinya. manakan tidak, dirinya jauh berbeza jika hendak dibandingkan dengan para huffaz itu. namun, rasa segan terpaksa dibuang atas dasar dahagakan ilmu agama. peluang berkawan bersama para huffaz ini digunakan untuk menambahkan ilmu tentang al-Quran. indahnya al-Quran jika dapat kita hayati dengan baik. SUBHANALLAH !!

alhamdulillah, dia dapat merasakan setiap orang yang berada di tempat tersebut mementingkan dakwah. setiap malam di situ dihidupkan dengan majlis-majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustaz yang berpengalaman. baginya, rugilah sesiapa yang tidak mahu mengambil peluang untuk berhimpun di taman syurga ini. majlis ilmu yang diberkati dan diredai diibaratkan seperti taman syurga.

begitulah sedikit demi sedikit perubahan yang berlaku dalam dirinya. bukan mudah untuk menjadi seorang yang sempurna di sisi ALLAH. harus berani lakukan perubahan. ayuh! bersihkan diri. istiqamah dalam setiap amalan baik yang kita lakukan.

jika ingin menjadi soleh, mestilah berada dalam kalangan yang soleh.

jika ingin menjadi orang yang beriman, hendaklah berada dalam kalangan yang beriman.

jika ingin menjadi ahli syurga, hendaklah berada dalam kalangan ahli syurga.

masyaAllah ! tabarakallah...

in sha Allah.. wallahua'lam

No comments:

Post a Comment